Sabtu, 6 Ogos 2011

Nora Elena lah...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak sahabat2 sekalian...
Dah masuk puasa ke-6 kan dalam bulan Ramadan kali ni...
Moga2 semakin banyak amalan kita bertambah dari hari ke hari ya...

ouh, dah lama tak update blog...
Hari ni tak ada kerja & nak kongsilah cerita apa yang saya tengok beberapa hari ni, siap full download lagi...!

Cerita apa...cerita Nora Elena, well macam tulah nampak gayanya, jarang2 suka tengok cerita berepisod sebab lama sangat....haha sebab kawan2 cakap macam best, then download lah....dekat mana dekat http://www.perekacerita.com/2011/05/nora-elena-tv3.html ...
Sekadar suka2 kan...

Walau cerita ni dah tayang dekat TV3,  tapi masa maghrib plak kan, jadi tak tengoklah...


Episod satu dah tertengok, lepas tu tak sabar nak tengok apa sambungannya, jadi download lah semua...
haha rasa best lah plak...

Seksi sikit lah cerita ni sejujurnya bagi saya..., korang jangan plak buat macam tu...Bahagian2 yang seksi jangan tengok plak...tutuplah mata tak kiralah bulan apa ok...

Banyak lah pengajaran sebenarnya, antaranya Ahmad Seth Tan Abdullah tu dia nak tebus & mohon maaf gak apa yang berlaku lepas 10tahun dekat Nora Elena ni...korang belajar adab2 lah....

Yang baik tu ikutlah, yang jahat tu tinggal2kan lah okkayy..!
Kawan baik saya cakap novel cerita ni lagi best sebab Seth Tan tu lebih romantik & tegas...

Cerita ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci macam dekat bawah tu, tapi ada ubah sikit bukan macam dalam novel sepenuhnya...
Kalau ada kesempatan nanti saya beli buku tu.....huhu

Pada saya, pada dasarnya pada saya lah Seth Tan tu dia nak mohon maaf lah dekat Elena ni, dan termakbul lah hajat dia...banyak konflik lah dalam penceritaan cerita ni, berminat saksikanlah tapi suka2 jelah ya....

Cerita ni best, ada bahagian yang menginsafkan & kesian gak pada watak2 yang tak bernasib baik...
Kalau nak tahu tengoklah semdiri atau baca novel dia ya...huhu okk
Lagipun ni CERITA jer, jangan emosi plak...hehe

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Nak belanja saya, sila klik iklan dibawah ni ya...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?