Ahad, 4 Mac 2012

Selamat Hari Jadi Abah..

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...
Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...
Lama dah berniat nak tulis entri pasal Abah...Alhamdulillah tercapai

13 Februari adalah Hari Jadi Abah, untuk tahun 2012 ni umur Abah dah 63 tahun...Alhamdulillah Ya Allah...

Abah sebagai Bapa kepada 8 orang anak :
1) Abah seorang GURU
Hakikatnya, Abah adalah seorang anak lelaki sulung dalam keluarga. Saya tahu dia memang tak mahu anak2 dia tak belajar sehinggalah ke peringkat Ijazah sekurang-kurangnya. Dulu lain, keadaan tak sama, sekarang  Ilmu tu paling utama dan pertama, kalau kita tidak sentiasa bersaing, kita akan berada di takuk paling belakang sekali. Dan pada saya dia telah melakukan yang amat terbaik untuk itu, seumur hidup saya tiada paksaan untuk belajar tapi nasihat yang mengiringi. Antara ayat2 yang selalu saya ingat "Abah nak kau belajar, yang senang esok kau, bukan Abah, Abah dah mati, Esok kau macam mana?", "Duit ni kalau simpan banyak2 nak buat apa?bukan boleh bawa mati, laburlah pada anak2 belajar", "Kalau Abah tinggalkan harta, Harta ni akan habis, jadi sebab tu Abah suruh kau belajar" and so on...mungkin sebab saya suka berbual-bual dengan abah dan suka ikut dia berjalan walaupun dia cakap, jalanlah sendiri sana kan dah besar!well..nak manja2 kan..hehe

2) Abah seorang USTAZ

Abah merupakan seorang pencen askar berpangkat Staf Sarjan! Penggunaan masa yang cepat, teratur & tepat amatlah dititikberatkan. Di rumah kami adik beradik, kami tidak dibenarkan langsung buka TV waktu Maghrib, waktu tu kami mesti mengaji sehingga mula waktu BERITA berkumandang barulah boleh buka, yaah dari kecil dah diajar macam tu..Alhamdulillah dah terbiasa sehingga ke hari ni. Dulu Abah memang suka bising solat tu jangan lambat2 tapi biarlah diawal waktu, tapi sekarang saya tahu Abah beranggapan kami dah besar jadi dia cakap 'dah boleh fikir mana baik buruk'. To be honest, I really miss that moments! Abah tak bagi anak2 dia keluar malam2, melepak ke & buat perkara bukan2, Alhamdulillah sampai sekarang juga dah terbiasa..dan banyak lagi kisahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?