Jumaat, 10 Oktober 2014

Do I still have a chance?


Salam wbt & Hai semua sahabat,
Alhamdulillah ada kelapangan untuk mencoret sesuatu di laman sendiri.

Aku tanamkan tekad untuk mengambil masa sedikit bagi menulis catatan ini agar emosi
& perasaan 'bebas' serta mudah untuk diterjemah,


Hampir seminggu yang lalu iaitu Rabu lepas aku bertanya soalan yang amat penting 
dekat Abah,
Jarang sekali aku menimbulkan persoalan sebegini sebab keadaan semasa yang masih belum 
bekerja secara formal & tiada pendapatan sendiri,
Bukan mudah untuk bercerita secara spesifik & 'details' dengan Abah mungkin kerana takut, 
kurang keberanian, kurang persediaan & masih kurang ketetapan hati,

Pandangan sepupu rapat dan rakan baik juga aku pohon untuk pertimbangan dalam keputusan
agar ia tidak terburu & mereka kata "Cuba dulu tanya Bapa kau, mesti dia faham",

Aku juga pernah bertanya perihal perkara ini dekat Abah & Mak tetapi secara umum sahaja yang
membuatkan aku tidak berniat lagi untuk bertanya pada mereka dalam masa terdekat,

Pagi itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari urusan membayar cukai & selepas medang,
Aku tetapkan niat yang aku ingin bertanya dekat Abah secara 
'man-to-man' atau 'heart-to-heart' tentang perkara ni,
Aku juga ada terfikir untuk bertanyakan perihal ini seusai aku memperoleh pekerjaan yang mampu memberi kelegaan pada Mak & Abah,

Sebelum tu juga aku ada terbaca 'quote' seperti yang dibawah ni dalam FB, jadinya aku buang 
sifat takut untuk bertanya tu jauh2 sampai Amerika Latin sana,


Perkara ni juga seakan memakan ruang simpanan di minda untuk beberapa minggu selain 
giat terbang sepantasnya dalam kotak pemikiran menyebabkan kadangkala aku 
penat tapi ini hal masa depan,

***************************************************************************

Perbualan pagi tu aku mulakan dengan suara lembut dan sopan,
"Abah, nak tanya sikit boleh?" dan aku diam seketika untuk menyusun ayat berikutnya biar 
mudah difahami,

Dan aku teruskan dengan persoalan berikutnya,
"Adakah Abah redha jika aku ingin berkahwin dengan insan yang nun jauh
menyeberangi laut iaitu di Sarawak?", 

Jawapan Abah seakan menjawab doa yang ku mohon petunjuk selama beberapa ketika 
berkenaan perkara ini sebelumnya, 
Sangkaan aku yang selama ini bahawa Abah tidak mengizinkan adalah sama sekali meleset 
sebab aku ingat keadaan yang jauh akan membatasi segalanya,

Abah kata "Abah tak kisah, Abah sokong kalau itu pilihan anak Abah, kau pun dah besar, 
sekarang pun kemudahan dah banyak jadi itu bukan masalah untuk bergerak & yang penting 
ada rasa tanggungjawab!", banyak lagi sebenarnya yang Abah kongsikan tapi hanya sikit yang 
aku coretkan disini,

Malah Mak pun tidak membantah sikit, cuma Mak cakap "Kerja dulu mi nak tanggung anak orang",
Tapi aku tahu dari raut wajah Mak, Mak cukup risau dengan kisah aku ini sebab ialah anak 
bongsu & kembar Mak meluahkan perkara orang dewasa dengan dia..ehhe,
Secara umumnya, Mak Abah sudah redha dengan persoalan aku ini,

***************************************************************************

Namun aku sedar dikala catatan ini ditulis keputusan akhir telah pun dibuat dan dimuktamadkan,
Aku bukan tidak mahu mencuba tapi siapalah aku untuk menjadi penghalang kepada 
perhubungan suci yang baru sahaja bermula,
Apakan daya masa juga tidak akan kembali,
Yang mampu aku lakukan adalah berdoa yang terbaik untuk perjalanan yang baru,

Aku juga sedar bahawa tindakan aku juga telah terlewat, terlambat & sudah menemui 
nokhtahnya walau redha telah ku peroleh,
Ia juga mengajar aku untuk membuat keputusan yang sebenar bukan hanya pada membuta 
begitu sahaja tapi yang paling penting kebergantungan pada Yang Maha Esa,
Tambahan, jangan membuat sangkaan atau bersikap negatif terhadap sesuatu keputusan
yang kita sendiri tidak tahu hujungnya selagi kita tidak mencuba,


Mimpi-Aisyah Aziz

Lirik lagu yang sering terngiang-ngiang di benak mindaku yang seperti & seakan berkait,

Persoalan2 yang sering bermain di minda ku "Do I still have a chance?", 
"There's still a chance?" tinggal persoalan biasa,
Tindakan yang mampu ku lakukan sekarang adalah "moving on" dengan rela  & 
mula terima hakikat akan perkara ini tiada lagi harapan yang tinggal serta lebihkan fokus 
pada 'job hunting' + 'interview' yang sedang menunggu minggu hadapan,
Aku yakin 'moments' indah & perkara berkaitan ini akan berlalu pergi perlahan2 
sebagaimana detik masa,
Cuma aku butuhkan suatu masa untuk memadam perkara ini hingga tiba saatnya nanti,
Ya! dan aku redha dengan perkara ini & redha dengan kesilapan sendiri,

InsyaALLAH aku yakin ada hikmah yang tersembunyi,
Ada yang lebih baik menanti InsyaALLAH,
Kini, masa untuk muhasabah diri,
Moga Allah sentiasa berkati jalan ku yang masih panjang & berliku ini.



Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Sekian.

Salam sayang,
azmiags


Sumber Imej : Google, FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?