Khamis, 14 Julai 2011

Yasinan, apa itu..?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2 yang saya sayangi sekalian...



Hari ini saya nak cerita pasal yasinan...
mesti ramai tak tau atau tahu tapi teragak-agak nak tahu...hehe

Umumnya setiap surau atau masjid akan membaca yaasiin berjemaah setiap malam jumaat kan, kan..?
Berlaku juga di kampungku yang tercinta...

Ok, saya pun tak pasti kenapa saya pun panggil yasinan, hehe mungkin saya ni orang Jawa kot...

Tapi, sebenarnya ia lebih kepada kenduri@majlis membudayakan bacaan Yaasin...biasanya diadakan pada setiap malam Jumaat...

Lepas solat Maghrib, kita terus mula pergi dan membaca Yaasin dirumah kalau time tu giliran dirumahlah, naik motor ramai2 & solat Isya' secara berjemaah di Masjid, dulu solat Isya' dirumah tapi beberapa tahun lepas kembali semula ke Masjid untuk mengimarahkan rumah Allah & Masjid tidak kosong apabila masuk waktu Isya'...


Cumanya saya nak cerita tentang perihal dikampungku sebab setiap minggu bacaan Yaasin adalah silih berganti maksdunya, minggu ni rumah orang, minggu depan pula dekat Masjid...dekat kampung den ni ada banyak kumpulan Yaasin oleh kerana ramai penduduknya, jadi dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kedudukan rumah...Jadi mudah sebab rumah banyak...haaa faham x? hoho

Walaubagaimanapun, setiap kumpulan yang berbeza tu dapat berjumpa untuk membaca Yaasin dekat Masjid bersama-sama bila giliran di Masjid tiba...Yang pasti, penglibatan adalah dari budak2 muda mahupun yang tua...heh, pakaian plak baju Melayu biasanya..hehe


Apa yang menariknya, biasanya surat jemputan kahwin dari kampung den ataupun kampung2 sebelah, akan dibagi bila Yaasinan dirumah, haha time nilah kita dapat saksikan acara2 'membaling' surat, hehe sebelum atau selepas membaca Yaasin...best kan...?semuanya di kampung...


Selain tu, biasanya tuan rumah akan sediakan juadah tak kiralah berat ataupun ringan untuk para hadirin yang membaca Yaasin, kadang2 disuruh bawak balik pun ada tapi lepas baca Yaasin lah...
Masjid pun ada sediakan makanan gak...!

Haaa kalau dirumah, makanan tu dihidang-hidangkan then orang ramai boleh makan berjemaah dalam satu dulang@talam, tolong tuangkan air lah, makanan lah & sebagainya...Menarik bukan...? Nampak keharmonian disitu...


Time Yaasinan ni jugaklah pelbagai pengumuman akan diberitahu, haa dari sekecil-kecil perkara hinggalah pertengahan...

Yaasinan diketuai oleh Imam2 atau Bilal2 atau Pengerusi Masjid atau orang yang punyai Ilmu Agama yang mantap untuk memimpin...

Kadang2 kalau ada rumah yang nak adakan kenduri kahwin, lepas jer Yaasinan dirumah orang2 kuat untuk kenduri kahwin mereka akan ada Pakatan@Mesyuarat bagi mengorganisasi dalam peralatan, makanan, kewangan, rewang & sebagainya...Masa nilah ada pembahagian kumpulan yang terancang...

Banyak kebaikan yang saya dapat lihat dari kenduri macam ni, yang paling ketara tererat kukuh Silaturrahim, tolong-menolong, bertuka-tukar senyuman lah, bersalam-salaman antara tua muda & sebaginya...


Haa den xpastilah plak dekat tempat sahabat2 sekalian, hehe kalau ada jomlah berkongsi, seronok bukan dengar cerita saya...?hehe, yang pasti ada di kampung saya..!

Tapi, apa yang paling ditakuti kenduri yang bagus seperti ini tak ada  lagi dalam masyarakat Islam di Malaysia...di kampung mahupun di bandar...
Den pun kdg2 tak pergi, ermm..

Tanyalah pada diri kita, adakah kita pernah pergi majlis macam ni...?Rugi tak pergi,
Adakah esok akan ada lagi...?Warisan yang terbaik, walaupun simple tapi memberi 1001 kebaikan...

Dekat bawah ni den ada link2 yang menyediakan artikel2 antara kebaikan & rahsia disebalik surah Yaasin..
Haa apa lagi, Jom baca...! best bro..~

http://blog.mohdisa.com/kebaikan-membaca-surah-yasin.html &
http://www.wazy84.com/rahsia-disebalik-pengertian-surah-yasin

Sumber Imej : Google

*Tegurlah jika ada tersalah kata, bahasa & sebaginya ya...saya merayu itu...!

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?