Khamis, 14 Julai 2011

SOLAT TETAPI MASIH BUAT MAKSIAT

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Geng Jom baca artikel di bawah...!

“Ko ni solat punya lah laju…kalah KLIA Ekspress. Slow2 la brader” Tegur Anelka kepada Van Persie.

“Aku nak cepat ni..kita kan dah bertahun-tahun solat…takkan tak cekap lagi..makin cekap, makin ekspress la!! lagipun cikaro lakoro aku tunggu kat dalam kereta tu” Balas Van Persie sambil tersenyum diangkatnya kening tanda bergurau.



Solat memang solat…tetapi kenapa ianya masih tidak mampu menghalang dari berbuat dosa. Bukan salah solat. tapi mungkin salah cara kita dalam bersolat.

Solat merupakan batu asas bagi agama. Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga ianya diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah kita daripada perbuatan maksiat. Malah ianya sering disebut-sebut sebagai jaminan pasti bagi kita dalam menolak perbuatan mungkar.

Tokoh ulama dari Tunisa Syeikh Tahir Ibn A’syur, di dalam kitabnya Maqasid al-Syariah, menyatakan bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Justeru dalam persoalan solat juga terdapat manfaatnya tersendiri.  Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45).

Ayat ini memahamkan kita bahawa dengan solat manfaatnya ialah kita dapat menghidari perbuatan mungkar. Kita juga sering mewar-warkan bahawa dengan melakukan solat maka secara pasti kemungkaran akan dihindari. Namun realitinya dari segi praktikal, ramai yang tertanya-tanya. Kenapa masih lagi terdapat perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan si pelaku tersebut seorang yang tidak meninggalkan solat.

Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan ianya seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran.

Sebenarnya, hakikat maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri dari perbuatan mungkar.

Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Ada yang solat yang sempurna dan ada sebaliknya. Baginda pernah bersabda :
Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.


Cuba kita lihat dari sudut takrifan solat. Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Jika dirujuk kepada takrifan ini semata-mata, maka kita hanya akan memandang bahawa pensyariatan solat ini lebih berkisar kepada zahir amalan. Tentang tatacara, rukun, syarat dan sebagainya. Namun, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah anggota badan sahaja. Namun ianya merupakan ibadah yang diteraskan dari hati sanubari seorang Muslim.

Disebabkan itu Syeikh Muhammad Bayumi dalam kitabnya ‘Akhta’ al-Musallin min Takbir ila Taslim menyatakan bahawa orang yang hendak melakukan solat (iaitu sebelum solat) sudah semestinya ia tidak melakukan kejahatan dengan tangannya, tidak berkata kesat, tidak melihat yang diharamkan. Ini kerana perbuatan hendak melakukan solat itu sendiri secara automatik membendung rasa inginkan kemungkaran.



Sekadar Gambar Hiasan : Kalau kanak-kanak tangok gambar ni..mesti diorang akan semangat nak solat juga…cuma pakaian je tak kena syarat..:)

*Sebenarnya banyak lagi sambungannya, lebih cantik anda pergi ke web Imam Muda Asyraf  kerana banyak info2 yang amat berguna untuk tatapan bersama...

Jadi klik disini http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=446 untuk sambungan seterusnya dan cari tajuk kecil  SOLAT BUKAN SEKADAR PERGERAKAN ZAHIR...

Jom baca lagi...!

Saya suka ambil artikel2 dari web Islamik macam web Imam Muda Asyraf ni haaa sebab ada kena mengena sangat2 dengan diri saya...hehe & menarik untuk tatapan bersama..InsyaALLAH

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~ 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?