Sabtu, 23 Julai 2011

Aku bukan anak sulung lah...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Haai...haa siapa anak sulong..? hoho..
Yang pasti saya bukan anak sulung...hehe

Saya berminat nak kongsi topik ni, sebab kagum dengan mereka2 yang memang anak sulung, lainlah kalau anak tunggal, dialah sulung dialah bongsu dan bermacam-macam dialah...

Saya juga ada mengkaji sikap anak2 sulung sama ada yang pertama dalam keluarga, lelaki atau perempuan pertama dalam adik beradik & bla...bla...bla..., saya lihat diorang memang hebat lah, jarang cakap 'tak' apabila disuruh & sebagainya...


 Tanggungjawab jaga adik, memasak, membasuh, tolong makbapak, pergi kedai & sebagainya...kebanyakan memang diorang yang dipertanggungjawabkan...

Adapun perkara macam ni hanya sebahgian sahaja anak sulung yang buat, yang lain mungkin adik2 diorang or maid diorang yang buat...haha

Yang pastinya, dalam keadan normal anak pertama juga lah yang memberi contoh untuk adik2 & yang paling penting kebanggan ibubapa, yerlah anak sulung kan...

Akademik kena mantap, sahsiah mesti terpuji, kadang2 kewangan pun diorang yang tanggung, senang cerita hampir sebahagian nya memang diorang yang buat & kena jadi tauladan...


Ada yang saya dengar, anak sulung ni berhenti sekolah semata-mata nak cari sesuap nasi untuk ahli keluarga & paling sadis cari duit untuk pastikan adik2 yang lainnya mampu untuk terus belajar,
diorang kata jangan jadi macam dia nanti, tak ada pelajaran...

jadi mekanik
kerja kedai makan

Tapi apa yang kita dah balas dekat anak sulung dalam adik beradik kita, tak kisahlah lelaki atau perempuan...
Tak kan bila kita dah berjaya kita lupa pengorbanan mereka..? huh, ada juga yang berlaku macam tu...
moga2 dijauhkan dari kita semua sikap2 sebegini negatif...Amin Ya Rabb

Mereka sanggup back up adik beradik yang lain kalau kena marah, catu perbelanjaan untuk pastikan adik diorang happy...erm..

Tapi, kebanyakan sikap anak sulung yang saya perhatikan :

1-banyak cakap sebab sayang sangat adik2 & keluarga,
2-semangat kuat,
3-diorang rasa keperitan makbapak diorang dalam cari rezeki,
4-sanggup berkorban,
5-jarang membantah atau cakap 'tak',
6-sanggup kerja tolong makbapak
7-diorang amat sayang adik beradik
8-Diorang yang dipersalahkan klau apa2 berlaku dekat adik2 diorang
 n byk lagi sebenarnya...


 


Tapi tulah cabaran bagi seorang anak sulung dalam keluarga, anak sulung lelaki atau sulung perempuan...!
Walaupun mengeluh tapi jarang mengeluh depan makbapak, yang pasti diorang memang buat yang terbaik gila dalam apa jua untuk keluarga & berusaha menjadi contoh yang memang terbaik..!

Disini saya nak tujukan ucapan anak sulung dekat bapa saya, dia anak lelaki pertama dalam keluarga...
Saya lihat dia pegang tanggungjawab penuh dedikasi & banyak berkorban...
Dia cakap 'jangan berkira sangat dengan adik beradik', saya ingat ayat tu sampai sekarang...ermm
LOVE U MakAbah..!
Saya sayang my siblings juga & most important my twins...!


Kadang2 diorang lah yang selalu menangis macam mana nak selesaikan masalah walau sekecil-kecil zarah...


Tapi diorang yakin, Allah sentiasa bersama mereka...
Saya memang tabik !! diorang yang survive untuk adik2 diorang, moga segala titik peluh mereka dibalas dengan kebaikan oleh adik-beradik yang lain..InsyaALLAH


Yang punyai ruang & peluang yang kukuh tu, belajar betul2 ya, jangan lupa jasa ibubapa & adik-beradik ya...
bersyukur dengan apa yang ada okkayy...!!

Sumber Imej : Google
Idea : Pemilik blog

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

2 ulasan:

amir aizat berkata...

setuju jugak.huhu saye ank ke5 dr 6,hehe

Azmi Agsa berkata...

haha, betul2...
kajian sekian lama...
alhamdulillah akhirnya terjemah juga...
salam ukhuwwah ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?