Ahad, 4 Mac 2012

Selamat Hari Jadi Abah..

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...
Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...
Lama dah berniat nak tulis entri pasal Abah...Alhamdulillah tercapai

13 Februari adalah Hari Jadi Abah, untuk tahun 2012 ni umur Abah dah 63 tahun...Alhamdulillah Ya Allah...

Abah sebagai Bapa kepada 8 orang anak :
1) Abah seorang GURU
Hakikatnya, Abah adalah seorang anak lelaki sulung dalam keluarga. Saya tahu dia memang tak mahu anak2 dia tak belajar sehinggalah ke peringkat Ijazah sekurang-kurangnya. Dulu lain, keadaan tak sama, sekarang  Ilmu tu paling utama dan pertama, kalau kita tidak sentiasa bersaing, kita akan berada di takuk paling belakang sekali. Dan pada saya dia telah melakukan yang amat terbaik untuk itu, seumur hidup saya tiada paksaan untuk belajar tapi nasihat yang mengiringi. Antara ayat2 yang selalu saya ingat "Abah nak kau belajar, yang senang esok kau, bukan Abah, Abah dah mati, Esok kau macam mana?", "Duit ni kalau simpan banyak2 nak buat apa?bukan boleh bawa mati, laburlah pada anak2 belajar", "Kalau Abah tinggalkan harta, Harta ni akan habis, jadi sebab tu Abah suruh kau belajar" and so on...mungkin sebab saya suka berbual-bual dengan abah dan suka ikut dia berjalan walaupun dia cakap, jalanlah sendiri sana kan dah besar!well..nak manja2 kan..hehe

2) Abah seorang USTAZ

Abah merupakan seorang pencen askar berpangkat Staf Sarjan! Penggunaan masa yang cepat, teratur & tepat amatlah dititikberatkan. Di rumah kami adik beradik, kami tidak dibenarkan langsung buka TV waktu Maghrib, waktu tu kami mesti mengaji sehingga mula waktu BERITA berkumandang barulah boleh buka, yaah dari kecil dah diajar macam tu..Alhamdulillah dah terbiasa sehingga ke hari ni. Dulu Abah memang suka bising solat tu jangan lambat2 tapi biarlah diawal waktu, tapi sekarang saya tahu Abah beranggapan kami dah besar jadi dia cakap 'dah boleh fikir mana baik buruk'. To be honest, I really miss that moments! Abah tak bagi anak2 dia keluar malam2, melepak ke & buat perkara bukan2, Alhamdulillah sampai sekarang juga dah terbiasa..dan banyak lagi kisahnya...

3) Abah seorang KAUNSELOR

Ya! Abah memang xda kelulusan, tapi bagi saya dia adalah segala-galanya..Saya masih ingat masa saya ambil keputusan periksa UPSR, well keputusan saya tak berapa cemerlang dibandingkan dengan kembar yang saya cintai dan saudara2 seangkatan denganku. Waktu itulah Abah & Emak sentiasa berada disisi dan cakap "Tak apa mi, PMR n SPM ada lagi, jangan main2 lagi"...Sehingga ke hari ni, saya ingat waktu tu saya ronyokkan slip periksa tu jadi lunyai, sebab sedih yang teramat dan waktu itu jugaklah saya tidur sampai ke senja sebab sedih, tapi saya pegang apa yang Abah Mak kata sampai sekarang..You are my strength! Abah pun selalu pesan, selalu cakap tak ada duit, sebab tu tak ada duit! Abah cakap jangan merungut jer, berSYUKURlah!

4) Abah seorang PEMIMPIN

Saya merupakan anak lelaki bongsu, tapi untuk anak2 yang hujung ni Abah kurangkan garang dia & tak macam dulu zaman Kakak2 & Abang2 saya..hehe, tapi tu tak bermakna kita tak belajar apa2 luar dari kuliah...Ya dari dulu, saya kenali Abah seorang yang sangat tekad, tegas, bersemangat & bersungguh-sungguh hingga ke hari ni! Saya diajar racun, baja, petik buah dikebun & macam2 lagi kerja kebun dan kampung. Bila Abah cakap sesuatu, Dia mesti akan buat! Ya saya juga banyak kali kena marah & saya belajar dari situ. Sampai sekarang saya TABIK pada Abah sebab Abah adalah pemimpin terbaik saya pernah bersama selepas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pemimpin dalam KELUARGA, ASKAR, ANAK2 n sebagainya...

5) Abah seorang PETANI MODEN HEBAT

Walau Abah ada tanah yang kecil atau 'sekangkang kera', tapi dia buktikan walau dia tak ada kelulusan sebegitu hebat tapi semua tanamannya menjadi, contoh?Pokok Kelapa Sawit lah...Alhamdulillah berbuah ikut musim, pernah tu Abah cakap, pokok yang dia tanam tu tak buah, lepas tu dia fikir punya fikir, dia bercakap-cakap masa tabur baja tu Abah selawat dekat pokok dan cakap2 dekat pokok tu & sekarang Alhamdulillah berbuah dengan banyak pokok tu. Yerlah pokok pun hidup kot..Abah juga bagi petua selalu2 lah lawat kebun ni, sebab pokok ni suka dan dia akan cakap, "wahhh Tuan aku datang melawat lah"...pokok2 ni pun tergalak & motivasi lah untuk mengeluarkan hasil yang banyak..hehe mula2 dengar gelak juga masa Abah cakap dan saya pun tergalak nak lawat kebun walau sikit jer..Selain tu, Abah ada tanam pokok cili, lada, buah naga, rambutan, jambu batu, jambu air, durian dan sebagainya...banyak juga! Abah cakap "Kalau kita berbudi pada tanah, banyak hasil kita boleh dapat"...

6) Abah THE BEST EVER!

Ni antara ayat yang saya ingat, dia cakap "Anak sulung yang mencerminkan dan mencorakkan adik2nya, ibarat model". Sekarang saya faham, ayat tu...Alhamdulillah dah terbukti juga!..banyak lagi nak tulis tapi memang tak habis satu malam lah macam ni...hehe esok kelas di pagi hari bermula..

Apa2 pun Abah saya memang seorang yang HEBAT bagi saya! Bukan sahaja sebagai seorang ABAH tapi dialah PENUKANG RUMAH, CHEF, ATUK COOL, PENENANG SAYA, MECHANIC, PLANNER HEBAT dan sebagainya lah, banyak lagi sebenarnya...hehe..

Saya pernah dengar seorang PLANNER yang hebat dekat dunia ni pun belum tentu dapat PLAN yang terbaik untuk keluarganya...Ya mungkin Abah tak ada kelulusan di dunia ni diploma ke ijazah ke master ke PhD atau apa2 lah tapi saya tetap anggap Abah seorang doktor, ya Abah berjaya macam apa yang diidam-idamkan olehnya iaitu melihat anak2nya satu persatu menerima ijazah...Alhamdulillah makbul doa Mak Abah, InsyaALLAH saya yang terakhir menerima segulung sijil itu...moga2 hidup Abah diredhai & diberkati oleh NYA.

Saya sebagai anak berharap agar :

*ABAH senantiasa SIHAT & amalkan HIDUP YANG SIHAT ya*

*ABAH senantiasa CERIA, GEMBIRA, BAHAGIA disamping EMAK & ANAK2*

*ABAH dipermudahkan urusan olehNYA, UMUR yang panjang*

*ABAH senantiasa TERSENYUM, MURAH REZEKI*

Ya saya tahu Abah senantiasa menyediakan yang terbaik untuk anak2, tak ada pun dia cakap ada, ermmm. Kadang2 saya pun tak tahu apa sumbangan saya pada Abah, saya cuma harap dapat dengar cakap Mak Abah...walaupun kerap kawan saya kata saya ni anak emak! Tapi ada saya kisah??hehe...saya memang anak EMAK ABAH!...cuma saya harap saya tak menghampakan Abah & Emak lagi dalam hidup...doa2kan saya juga jadi anak soleh, saya harap Mak Abah bangga ada anak macam saya..

*Abah...saya bukan penulis cerita drama atau novel atau sebagainya, bahasa saya tak sedap mana pun & banyak kesalahan tatabahasa....saya tahu Abah tak baca entri ni tapi ini isi hati saya, sampai sekarang saya rasa bersalah tak tahu apa sumbangan saya..InsyaALLAH saya akan cuba dengar cakap Abah Emak ya! Saya harap saya mampu jadi anak yang baik...I really HOPE SO!..*

Kadang2 saya jumpa pakcik2 minum di kedai kopi, diorang mesti cerita hebatnya anak2 diorang, saya yakin dan percaya bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi mereka puas hati dengan hasil atau 'PRODUK' yang telah mereka hasilkan...Jadi apa sumbangan kita?sebab saya pun pelik kadang2 Abah pun cerita pasal anak2 dia, tapi sekarang saya sedar, seorang IBU & AYAH bangga akan anak2nya, tapi kita bangga ke tidak ada Abah & Emak?Ya saya bangga...

* Sedang saya menulis entri ini, saya juga menangis sambil berselindung dengan tisu, takut2 roommate nampak!hehe, ya saya memang sedih bila cerita tentang Abah & Emak saya..hanya saya yang faham Abah & Emak saya! Hari ni saya pulang ke Skudai, tapi saya sangat rindu masa naik bas, mungkin belum puas peluk dan cium Abah Emak!ermm, teringat wajah Emak & Abah, yang saya mampu hanya nangis & berdoa apabila teringat, ermm...itulah cinta hati saya...*LOVE u Abah Emak!

*Saya rasa sampai sini je saya cerita, hehe banyak sangat ceritanya..InsyaALLAH ada masa terluang saya akan cerita lagi...teringat plak Emak pesan "Belajar betul2 ya mi, itu je Mak & Abah mintak"...terngiang-ngiang lagi..hehe*

*Entri ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi Blog saya...biarlah saya nak tulis apa2 pun!, Pembaca2 yang tak suka sila GET OUT ya!hehe...*

*Gambar Emak & Abah sentiasa dalam wallet, yelah pemangkin semangat kan*

*Saya bersyukur ada Mak Abah, sampai sekarang kalian lah harta paling bernilai atau 'priceless' yang pernah dan saya sedang miliki selama-lamanya*

*Hargai mereka selagi mereka masih ada*



Ni lagu untuk Abah & Emak, saya selalu dengar lagu ni kalau mood tidak mengena :

Lagu : Josh Groban-You Raise Me Up

Video agak  kurang elok untuk tontonan jadi search sendiri ya kawan2

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~



2 ulasan:

cikgu zainal berkata...

hepi besday to abahnya :)

Azmi Agsa berkata...

TQVM mr.zainal...hehe, rajin2 lah menyinggah lagi ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?