Sabtu, 5 Mei 2012

Syukurlah!..Alhamdulillah

Salam wbt & Salam sejahtera...

Selamat petang..Moga2 sihat hendaknya dan senyum selalu sahabat2...

Beberapa hari lepas saya ada terjumpa dengan seorang hamba Allah SWT, yang saya kira sungguh istimewa...
Seorang lelaki, makan bersebelahan saya, jauh melihatnya...
Sedikit kurang upaya, bukan untuk mencerca tapi kerana kagum dengan sifatnya...
Yakin & gembira menjalani kehidupannya walau pun ada sedikit kekurangan dari sudut fizikal...


Tersedar dan amat kagum dengannya, tidak merungut dan sentiasa gembira...
Adakah saya yang sempurna dari segi fizikal ini mampu sepertinya andai berada dalam situasi yang sama?
Kadang2 saya juga tertanya2 keadaan ini, adakah saya mampu sepertinya?
Ya! Dalam kelalaian dibuai kehidupan duniawai, kadangkala amat miskin dan terlalu hina untuk menghadapNYA...terlalu banyak perkara yang 'lopong' & 'lupa' untuk dilaksanakan...
Seteguh keYAKINan dan keAZAMan yang ku damba untuk menghadapi situasi seperti ini!

Apa yang ingin saya kongsikan adalah, adakah selama ini kita SYUKUR! dengan segala nikmat yang tiada nilainya ini!Kita dapat dalam keadaan yang 'percuma' & 'pinjam', tak lama tapi sementara...


Moga kita sempat & sentiasa dalam menjaga 'wasiat' dari Maha Pencipta ini dengan baik dan cemerlang...InsyaALLAH

#Saya hanya berkongsi ap yang saya mampu... 
Jadi SYUKURlah! Tidak rugi jika bersyukur, tapi amat rugi andai tidak bersyukur~


Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?