Jumaat, 2 April 2010

Kenapa asyik teringatkan dirinya

Semoga dia sentiasa kuat, dilimpahi rahmatNYA, diberi kekuatan Iman olehNYA,...
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberi peluang dan ruang untukku, Bila difikirkan kembali dengan apa yang berlaku terlalu banyak hikmah yang tak mampu diungkapkan, moga rahmat dan hidayahNYA sentiasa mengiringi hidupku, walaupun memakan masa untuk kembali memulihkan semangat yang hampir luntur, Alhamdulillah moga kekuatan untuk itu akan berterusan, sesungguhnya untuk membiarkan perkara yang biasa telah dibuat memang memakan masa, apatah lagi perkara seperti ini tidak pernah terlintas di fikiran, terlalu kuat dugaan ini tapi semakin lama semakin kuat untuk berkata biarkan ia berlalu, entah mengapa setiap saat ku teringatkan dirinya, aku juga mengharapkan dia begitu, butang-butang handphone tidak lagi menjadi perkara penting dalam diriku, sesungguhnya doaku sentiasa bersamanya, walaupun aku sedang mengejar benda yang tak pasti tapi aku yakin kalau dia memang milikku, InsyaALLAH milikku jua akhirnya, cuma harapanku tidak seperti dulu, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA, jikalau kau mendengar nukilan ini wahai ainul mardiah, doa yang menjadi harapanku darimu, aku hanya mampu doakan kebahagiaanmu dan berjaya dunia dan akhirat, tidak lagi diriku menunggu panggilan @ mesej darimu lagi, memang berat untuk menerimaku kembali setelah apa yang berlaku, aku yakin keputusan ini adalah yang sebaik-baiknya untukku, moga aku tidak lari dari jalanNYA, moga ini adalah sebaik-baik untuk diriku...
Bila kita minta rama-rama, tuhan bagi ulat,
Bila kita minta pelangi, tuhan bagi hujan...
Tapi bila kita sabar,
Ulat akan jadi rama-rama dan lepas hujan akan ada pelangi...

1 ulasan:

zakiah berkata...

Dear pakcik
moga tabah hadapi ujian ini
Percayalah ALLAH Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba2NYA.
yakimlah apa yg tidak kita mampu genggam bukanlah yg terbaik utk kita.
Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?