Sabtu, 29 Jun 2013

Balik jugak..


Salam wbt & Salam Sejahtera sahabat2ku yang dikasihi,
Moga sentiasa dalam redha Allah SWT..

Alhamdulillah dapat balik rumah akhirnya minggu lepas selepas 7 minggu di 'perantauan',
Sibuk memepersiapkan diri untuk berperang di Medan Peperiksaan,
Rasa rindu membuak2 walau Mak Abah dah datang masa Final untuk ambil barang,
mungkin rindu pada tanah rumah, mungkin..hehe~

Perjalanan pulang pun sedikit sukar, masih tidak biasa dengan sistem pengangkutan di tempat baru,
Masa yang agak tepat pulang sebab waktu berjerebu teruk di Muar sehingga IPU,
tertinggi dicatatkan di Muar & Ledang iaitu 746 dan terus diisytiharkan darurat,
Memang terasa bau asap sehingga ke dalam rumah + debu2 habuk berterbangan, begitulah situasinya..
#Ini buktinya, perhatikan latarbelakang masih seperti fajar walau hampir ke waktu senja

Pakcik dengan Syakir

Jadi kisahnya begitulah hidup seorang anak lelaki sepertiku, yang sedang memburu ilmu ,
Jika lama tidak berjumpa Mak Abah, seperti ada yang tidak kena,
Fikiran melayang2 ingin ketemu mereka,
Banyak yang ingin ku kongsikan dengan Mak Abah kisah di tempat baru,
Mereka lah pendengar yang sangat setia & terbaik.

Walau ada sahabat yang berkata kepada diriku, "Kau ni anak emaklah",
Tapi tak apalah, memang itu kewajipanku sebagai anak lelaki jika syurga yang ingin ku kejar,
Aku juga mahu anak2 lelakiku kelak mencontohi sikapku walau sedikit,
Untuk mencintai Sang Permaisuri & Sang Sultan melebihi Sang Puteri.

Untuk Mak Abah, 
yang setiap detik mengirimkan doa untukku untuk kesenanganku,
yang selalu bertanya & menunggu perkhabaran dariku,
yang tidak henti2 merisaukan diriku,
yang selalu bertanya cukup ke tak duit yang dikirim,
Terima Kasih Mak Abah.
"I LOVE U SO MUCH"

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~


anak kembarmu,
azmiags



Khamis, 14 Mac 2013

Ouh Tension

Salam wbt & Salam sejahtera..

Hai kawan3 ku yang diredhai Allah SWT..
Saja meluahkan rasa..Ouh semalam agak sedikit tension buat satu soalan,
macam boleh buat tapi tak secara menyeluruh & jawapan plak salah..

Hari ni, kawan2 yang pro cuba buat, haaa! Alhamdulillah dapat buat dalam waktu yang lebih singkat..

Kadang2 rasa diri ni terlalu dungu & terfikir kenapa aku xboleh buat soalan ni?..ermm..
Kemudian saya pun teringatlah Mutiara Kata (kalau salah tolong tegur atau betulkan)
oleh Imam Al-Syafie :


Selalu juga terfikir, ouh dosa apalah yang aku dah buat sampai ilmu ni susah nak masuk..
ter"flashback", ter"playback"..ouhh Ya Allah..
Tapi InsyaALLAH segalanya akan jadi mudah dengan Doa berterusan(ibubapa+sahabat3)
+ Usaha gigih yang tidak berbelah bahagi..

Maaflah yang kena marah 'percuma' semalam..huhu..
Saya insan biasa yang selalu leka & alpa juga banyak dosa..

So!Please don't give up okkay!

U Can Do It Azmi!
Salam Sayang..
azmiags

Wassalam Wbt..

Amazing Pictures from Google
Edited by azmiags

Ahad, 9 Disember 2012

Malasnya.!


Salam wbt & Selamat Sejahtera..
Lama sudah tak ‘update’ blog,..sunyi je..

*Saja nak cerita (hahaaaa…)..START


M A L A S


Hari ni..penuh dengan perkataan M.A.L.A.S., mungkin kawan2 yang baca post ni pun sama kot!
Mempunyai perasaan yang sangat MALAS membuak-buak!, Itu nampak normal tapi bila dah terlalu kerap nampak pula abnormal..haizzz~



Itulah yang berlaku pada saya, bukan sahaja hari ni malah minggu ini sahaja adalah minggu yang sangat tidak efisien, banyak membuang masa & sangat teruk bagi saya, mana tidaknya banyak kelas tertinggal...mungkin banyak ‘tests’ (alasan!)

Mungkin hari ni segala jawapan yang terkeluar dari mulut adalah malas..malas & malas..kecuali makan, tidur, menghadap laptop & bla.. bla...Walaupun kerja yang ada taklah begitu banyak & itu menjadikan kerja yang ada dinamakan ‘kerja terbengkalai’ :

1). Resume untuk Internship tak siap2, walhal sudah punyai contoh yang terang2 senang & mudah!
2). Longgokan pakaian2 yang masih tidak dicuci.
3). Bilik yang tidak kemas & punyai banyak habuk!
4). Buku2 yang tidak tersusun rapi & …Bla…bla..blaaa.a….

Tapi, boleh lagi tengok movie lah..main game lah..n bla..blaa..

Bila bangun untuk Solat Subuh sudah lari dari ‘range’ masa yang sepatutnya, habis satu hari seperti tidak kena (kata seorang kawan saya)..END

*Cerita dah habis..(penat plak membebel..hahaaaa)*

P A K S A


Tapi bila difikirkan kembali, sikap ni kadang2 kita boleh buang dangan cara MEMAKSA DIRI SENDIRI buat sesuatu (letak je kerja depan mata, lama2 akan terdidik gak nak buat) walaupun kita sendiri tak nak buat..hahaaaaa…

Jadi cubalah tips ini ya!..InsyaALLAH berhasil..bacalah doa untuk siapkan kerja!


*Buanglah sikit sikap MALAS tu ya, Jangan TIRU macam saya!
Jadi ayuh motivasikan diri! Jadilah insan yang cemerlang dunia & akhirat…Ameen..;-)*

azmiags

Suber Imej : Google

Jumaat, 27 Julai 2012

Salam ramadhan Al-Mubarak semua...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...
Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat belaka & gembira disisi keluarga tersayang...
Alhamdulillah Ya Rabb dapat jumpa Ramadhan Kareem...

Kepada mereka yang cuti sem, atau mereka yang memang bekerja..sedang kumpul duit ke?
Haha, macam saya lah juga, macam2 kerja dah buat, tapi masa Ramadhan jadi kurang proaktif plak, haishh...


Kalau boleh kurangkan memberi alasan ya dalam Ramdhan Kareem ini...hehe jangan jadi macam saya sudah..~


Kerja2 jugak, Duit2 jugak, kalau Ikhlas kerana Allah SWT, ouhh banyak pahala !!

Apa-apa pun,
Di kesempatan ini nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak...
Hampir seminggu sudah kita berpuasa, mesti pelbagai ragam & juga dugaan yang kita hadapi..
Yang penting sabar!.Istiqamah & senantiasa ikhlas dalam melaksanakan ibadah..
Perkara WAJIB diteguhkan & dimantapkan, Perkara SUNAT dirapat-rapatkan..
Pesanan untuk diri saya juga..;-))


Sekian, Selamat menjalani ibadah puasa & diselitkan dengan perkara2 sunat...InsyaALLAH berganda2

Jom dengar lagu ni, best2...antara lagu kesukaan..~


Selamat Berbuka Puasa sahabat2ku...
Salam Ukhuwwah & Mahabbah dari saya...
Azmiags
SKBR, SMKTTA, UTMKL, UTM Skudai


Sumber Imej : Google

Isnin, 2 Julai 2012

18 jam bersama mereka

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...
Salam Syaa'ban semua...;-))

Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...

Ceritanya bermula....

Alhamdulillah 30 Jun - 01 Julai 2012, 3 orang sahabat (Syaheed, Harith & Fekrie) sempat bermalam walau semalam di rumah..
Merehatkan minda dalam suasana kampung...

Seperti dalam perancangan adalah BBQ & mandi di Gunung Ledang pada hari Ahad (01 Julai 2012)..

Perjalanan...

Kami bertolak dari rumah lebih kurang 9.15am, singgah sebentar di Pasar Tani Bukit Gambir untuk beli Marjerin..persiapan dari malam sebelumnya & pada waktu pagi untuk BBQ...itu sahaja masa yang ada kan..

Lebih kurang pukul 10++am kami sampai di pintu masuk A di Gunung Ledang...masa ni pun dah ramai tau, kami dapat lihat dari jumlah kereta & motosikal yang ada...yerlaah ahad kan...?

Haaa bayaran yang dikenakan pada kami :
Kereta : RM2
Satu kepala : RM1
Jumlah Keseluruhan : RM6

Semangat2...Mereka yang angkat semua barang...hehe

Fokus2x...haha

Haaa mereka lah paling semangat cari kawasan yang paling sesuai & tak berapa ramai orang, senang kan nanti nak barbeque & mandi2...Misi BBQ pun bermula..;-))

Syaheed-Master Chef, Fekrie-Master Persediaan, Harith-Master Makan...hihi

Mereka menjalankan bersama tugasan masing2, saya macam tengok jer..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?