Isnin, 2 Julai 2012

18 jam bersama mereka

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...
Salam Syaa'ban semua...;-))

Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...

Ceritanya bermula....

Alhamdulillah 30 Jun - 01 Julai 2012, 3 orang sahabat (Syaheed, Harith & Fekrie) sempat bermalam walau semalam di rumah..
Merehatkan minda dalam suasana kampung...

Seperti dalam perancangan adalah BBQ & mandi di Gunung Ledang pada hari Ahad (01 Julai 2012)..

Perjalanan...

Kami bertolak dari rumah lebih kurang 9.15am, singgah sebentar di Pasar Tani Bukit Gambir untuk beli Marjerin..persiapan dari malam sebelumnya & pada waktu pagi untuk BBQ...itu sahaja masa yang ada kan..

Lebih kurang pukul 10++am kami sampai di pintu masuk A di Gunung Ledang...masa ni pun dah ramai tau, kami dapat lihat dari jumlah kereta & motosikal yang ada...yerlaah ahad kan...?

Haaa bayaran yang dikenakan pada kami :
Kereta : RM2
Satu kepala : RM1
Jumlah Keseluruhan : RM6

Semangat2...Mereka yang angkat semua barang...hehe

Fokus2x...haha

Haaa mereka lah paling semangat cari kawasan yang paling sesuai & tak berapa ramai orang, senang kan nanti nak barbeque & mandi2...Misi BBQ pun bermula..;-))

Syaheed-Master Chef, Fekrie-Master Persediaan, Harith-Master Makan...hihi

Mereka menjalankan bersama tugasan masing2, saya macam tengok jer..hehe

3)Nanas yamg sangat manis & sedap, daging burger & sosej..!!! 

 Nikmati juadah selepas memanggang..haaii muka kuat makan semuanya ya...;p

 Makan Ikan + Daging burger + Sosej tanpa sos cili, ialah terlupa bawa...heuu

Dah kenyang, haaa kami pun kemas biar tak kotor tempat tadi kan, haa si baju kuning merah (syaheed) orang yang paling rajin kemas...haa yang lain melantak lagi, yerlah takut membazir kan...then baru ikut kemas..huahua

Lepas tu, kami mandi untuk kali terakhirnya pada hari tu lah...sampalah hujan turun dan siren amaran berbunyi menandakan tiada siapa dibenarkan mandi, yerlah air gunung deras kan bila hujan...keselamatan ni!
Jadi kami bertolak ke Bandar Muar dalam pukul 1pm selepas mandi & tukar pakaian kering...

 Dah panggang & makan, kemas lah yeerr...sayangi tempat rekreasi anda!

Perjalanan seterusnya dalah ke Pusat Bandar Muar, yerlah nak kejar tiket bas ke Skudai takut dah habis kan sebab ada tugasan yang lebih penting menunggu...

Gambar2 ni ditangkap semasa di Masjid Biru berhampirang Tanjung Agas...macam tak ada kerja kan...huahua

Alhamdulillah sempat juga makan Mee Bandung & jalan2 sekitar Tanjung Emas, yerlah mereka kan jarang datang ke Muar...hehe, tapi tempat yang sama lah

Bersama Syaheed(Oren) & Harith (Penajaan)...harith2 model gigi ke niee..adeyhh

 Bersama Fekrie @ budak yang sanggup tak mandi pagi semata2 nak mandi di gunung ledang...
hehe

Memek muka seperti "bapa" orang berposing...syaheed macam sama jer...heuu

Riang gembira ayah2 sekalian..;p, Syaheed & Fekrie tetap sama 

Wajah2 mereka...hakhak

Menikmati aiskrim sebelum bertolak pulang ke skudai

Moga2 dapat jumpa lagi ya sahabat2, haa nak datang bagitahu awal2 ya, InsyaALLAH perancangan lebih tersusun & mudah...hehe, kena ada budget lebih juga...;p

Jangan serik nak datang rumah den lagi ya, ku mohon maaf jika ada perkara2 yang terkurang dalam melayani tetamu walau sebenarnya memang banyak kekurangan...maaf ya sahabat2..;-))

Ini antara link2 makanan2 yang sedap di Muar, InsyaALLAH lain waktu kita boleh cuba naaa...
Info 1Info 2Info 3 ...
Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?