Selasa, 5 Julai 2011

Seimbang...Apa itu..?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Haa, hari ini nak cerita pasal makanan yang seimbang plak...hehe

Saya yakin benda ini penting terutama bagi warga2 'penganggur berjaya' macam saya,
haha dalam menempuhi hidup 'holiday'...

Baca jangan tak baca plak....!


MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) 
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah Tinggi 
 Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

~Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)~

PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein  
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak  
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian 
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

~Info dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemakanan_seimbang~

Antara kesan2...hehe



Jadi, semuanya pilihan di tangan anda...
Jom amalkan pemakanan yang sihat untuk kesejahteraan masa hadapan....!! Jom2x...




Jarang jer...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...




  
Jarang dapat hirup udara sesegar...

Jarang aku mendengar kicaun burung2 yang memecah sunyi di pagi hari
berani 'mengejutkan' penghuni2nya...

Jarang aku melihat buah2an yang segar untuk dinikmati...

Jarang dapat nikmati pemandangan sejuk nan indah...

Jarang mendengar kebisingan kenderaan lalu lalang...

Jarang melihat manusia berpusu-pusu ke temapat kerja walau ada...

Jarang melihat silaturrahim yang teguh erat bersama...

Jarang melihat jiran yang ambil berat jirannya...

Jarang2 ku melihat benda seperti ini berlaku di tempat lain...
& banyak lagi Jarang yang jarang2 kita lihat...

nak tau dimana mestilah di KAMPUNGku...

hehe bukan sahaja di KAMPUNGku malahan di KAMPUNG2 sahabat2 yang lain juga...

Moga ALLAH SWT memberkati hidup kita semua....Amin
Jom Senyum..!

Isnin, 4 Julai 2011

Takkan Subuh pukul 7 kot!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Cerita ini saya ambil untuk kesedaran bersama khas untuk empunya blog yang kerap bangun lewat untuk Subuh & tatapan sahabat2...





Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya.(Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud)


MUSAFIR

Baru-baru ini saya menaiki bas KKKL pukul 8.30pm dari Kota Bharu ke Batu Pahat. Perjalanan ke sana adalah sebagai memenuhi hak seorang Muslim apatah lagi Muslim itu adalah sahabat kenalan saya, pernah sehalaqah ketika di UTM dahulu.

Jemputan itu adalah memenuhi undangan akhi Anizan yang sudah pun bergelar suami kepada ukht Siti Hamidah, seorang akhwat di bahagian Selatan yang saya tidak kenali. Adapun beberapa akhawat UTM saya kenali setelah menjebakkan diri mereka dalam bisnes dakwah beberapa tahun sudah. Saya pernah jadi Mas'ul ekonomi UTM 2 kali. Pertama pada tahun 1 sem 2, kemudian tahun 3. Banyak yang saya pelajari ketika mengendalikan perniagaan dakwah di sana. Pernah rugi , pernah untung, sikit rugi, banyak untung.

Ketika saya menaiki bas ke KKKL ke Batu Pahat, saya mengagak bas tersebut akan sampai di stesen bas Batu Pahat dalam waktu Subuh, ternyata ia meleset. Begitulah pada perkiraan saya, bas yang dimiliki secara konsortium oleh kaum Cina, mereka akan mengaut keuntungan semaksimum mungkin dari perjalanan bas. Tak mungkin ia mensia-siakan petrol walau seringgit!

Bas saya ke Batu Pahat itu rupanya berhenti di beberapa destinasi, Seremban, Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ketika sampai di satu perhentian bas, hampir 20 karkun tabligh masuk ke dalam bas. Mereka sudah menempah hampir separuh dari bilangan 'seat' dalam bas tersebut. Saa percaya, bas ini nanti akan dipenuhi dengan alunan zikir dan setidak-tidaknya, kehadiran mereka membuat saya rasa lebih selesa. Pemandangan karkun tabligh memakai jubah dan serban putih amat menenangkan hati saya.

Disebabkan banyak perhentian, ternyata, pukul 6.00am itu bas baru masuk ke negeri Melaka. Saya fikir bas tersebut akan berhenti di mana-mana masjid di tepi jalan untuk solat Subuh. Pada perkiraan saya, drebar Melayu, malah orang Kelantan, takkan tak berhenti solat Subuh...

Salah seorang dari tabligh saya nampak menuju ke tempat drebar bas memandu, saya percaya mungkin dia nak tanya Subuh kat mana. Nampaknya, karkun tabligh tadi berjalan balik ke tempat duduk, saya tanya, Subuh kat mana? dia kata drebar jawab, dekat Melaka Sentral. Jam sudah 6.15a.m, perjalanan ke Melaka Sentral pasti mengambil masa hampir sejam. Tak mungkin saya lewat Subuh dalam sedar hari ini. No way...

Seorang tabligh lain kata, "Allah tak marah ke?"

Saya jawab, "enta pergi kat drebar, suruh dia berhenti tepi jalan".

Karkun tabligh yang kedua pergi mendakwahi drebar tadi, saya nampak tabligh tadi cakap slow sangat. Sungguh sopan penuh lembut. Begitulah gaya tabligh yang saya pelajari dan saya tahu dari ramai kawan-kawan saya yang berfikrah mulia itu.

Tetnyata, ia tak memberi kesan pada drebar tadi.

Dan kini giliran saya berdakwah. Jam dah 6.30am. Sikit lagi masuk Syuruk. Sebarang perlanggaran kepada waktu Solat ini akan menyebabkan drebar bas ini masuk ke lembah kehinaan kerana dia tak solat dan menyebabkan penumpang yang majoriti Islam tak solat. Ini tak boleh jadi.

Saya nak buat laporan polis kalau bas ni tak berhenti. Saya bagitahu zaujah saya yang satu itu melalui SMS bahawa abang tak teragak-agak buat repot polis kalau bas ni tak berhenti kerana sudah melanggar hak-hak kaum Islam beribadah kerana tidak berhenti Solat Subuh. Ia satu kewajipan malah rukun Islam.

Solat membezakan Islam dan Musyrik.

Jam 6.35a.m, saya dah kepanasan menunggu bas yang tak berhenti-henti untuk solat Subuh.

Saya meluru ke depan...

"Enchek, Saya minta enchek berhenti, berhenti, kami nak solat Subuh!", saya mulakan pengarahan.

"Ala, orang lain pun maye(sembahyang) jugok", drebar tu menjawab.

"Ya lah, takkan Subuh pukul 7 kot!", saya jawab balik.

Bas tu terus berhenti di Masjid Alor Gajah, kurang lebih 20 meter setelah saya mendesak drebar itu berhenti. Saya dengan gembiranya turun solat Subuh, itupun dah lewat. Saya solat jemaah bersama barisan karkun tabligh itu.

Selesai solat, saya yang pertama kali keluar dari masjid. Saya nampak drebar bas itu hanya menunggu di tepi bas. Saya percaya 99%, drebas bas Melayu itu tidak solat Subuh.


PENGAJARAN

Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak kita semua, terutama penumpang bas yang beragama Islam, jangan biarkan hak kita sebagai Muslim ternoda hanya kerana kita menyerah kalah kepada drebar yang tidak mahu mempraktikkan Islam. Yang tidak solat.

Tak kira anda lelaki atau wanita, pertahankan hak anda sebagai Muslim. Kita punya banyak musuh, boleh jadi musuh kita adalah bukan Islam termasuk yahudi dan Nasrani dan boleh jadi daripada orang Islam sendiri termasuk munafikin dan fasikin.

Kemudian, anda harus selalu ingat, bahawa solat di awal waktu itu adalah tuntutan daripada Nabi SAW sendiri.

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya. (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani mensahihkannya.

Dalam surah an-nisa' ayat 103, Allah berfirman, Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.


Sekian,
Zikri
Bandar Seri Iskandar, Perak.

Artikel yang menarik ini saya peroleh dari http://halaqah.net/v10/index.php?page=439

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Ahad, 3 Julai 2011

Malaysia Boleh...!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Hari ni saya nak cerita pasal match second leg antara Malaysia (Harimau Malaya) VS Taiwan...
Semangat x semangat, haha saya rasa ramai yang kecut perut tengok...

Itupun saya tengok dekat TV2, haa macam ni best TV kerajaan sediakan siaran langsung bila Malaysia lawan..hoho dekat mana2 pun..

Masakan kena asak dari awal tue..huhu

Ceritanya bermula...
Malaysia main dah cantik lepas leading gol dijaringkan oleh Aidil Zafuan tak silap minit ke-7...
seperti video youtube dibawah..hehe


Haa then score lg satu, kali nie ketua pasukan lah yang score..

Mantap tak mantap semuanya dari jarak jauh oleh Aidil & Safiq Rahim..

Dekat bawah ni video dari youtube yang kedua..Tengok jangan tak tengok...hehe


Den malas nak cerita lebih, haha sebab Taiwan@Chinese Taipei diorang dapat 3 (tiga) penalty bro...hoh!

Tak ke sakit hati, tapi macam manapun dari 3 penalty tu dua sahaja yang gol, lagi satu gol diorang fail...
lagi satu gol, Taiwan dapat dari sepakan sudut yang termuntah...

Apapun bukan den seorang sahaja yang bengang, kawan2 fb den pun bengan gak dengan ref dari VIETNAM tu, pelik pun ada, ada ke patut sampai 3 penalty depa dapat...aduhh!


Apa2 pun Malaysia main best sebab diorang main sebagai satu pasukan, walaupun aku tengok diorang macam takut2 dekat Xavier yang kononnya pemain yang berpangkalan di Eropah iaitu di Belgium..hoh!

Tak lah hebat sangat sebab player2 Malaysian more better in passing & pass through, mungkin tak ada rezeki diorang score kecuali dari jarak jauh..

Alhamdulillah Mas dapat teruskan ke pusingan kedua bertemu Singapore akhir bulan ini walau kalah second leg 3-2 di Taiwan, tapi secara agregatnya Mas layak selepas menang 2-1 di bukit jalil pada first leg yang lalu...hoho

Walaupun kita tak penuh dekat stadium Taiwan, tapi saya yakin rakyat Mas keseluruhannya mendoakan mereka bermain walau dimana saja berada..!

Ranking Mas yang terbaru pada tangga ke 144, itu pun saya tengok di web ini http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/lastranking/gender=m/fullranking.html#confederation=0&rank=205&page=3,..
hehe jom tengok..!

Biar kita berbeza pandangan dalam segelintir perkara seperti politik, tapi kita tetap dalam kewarganegaraan yang sama iaitu Malaysia...

 Bendera Malaysia

 Jersi Malaysia
Malaysia

Walau saya tak pandai main bola, saya tetap minat bola...hehe

Saya sayang Malaysia..
Jadi kalau benda baik tu kita doa lah sama2, kita sebagai anak2 muda yang mencorakkan masa depan negara...Pemain terMUDA Mas dalam match tadi umur 20 tahun kowt...Hebat kan!
hehe semoga jumpa lagi...

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~







Jumaat, 1 Julai 2011

Jom pergi..?

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian...

Pada Ahad ini (03hb Julai 2011) akan ada perlancaran 40 buah buku kanak2x & remaja GRUP BUKU KARANGKRAF... InsyaALLAH pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung...
Jadi apa lagi Jom pergi sebab FINAL DAY kot..!

Maklumat lanjut tentang program ini boleh layari web http://www.pestabukuselangor.my/ atau layari blog salah seorang penulisnya iaitu Auntie Zakiah di http://zakiahags.blogspot.com/ sebab buku Auntie Z yang terbaru juga akan dilancarkan iaitu Riang Ria Almira !

Apa tunggu lagi..jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?