Ahad, 4 Mac 2012

Selamat Hari Jadi Abah..

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...
Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...
Lama dah berniat nak tulis entri pasal Abah...Alhamdulillah tercapai

13 Februari adalah Hari Jadi Abah, untuk tahun 2012 ni umur Abah dah 63 tahun...Alhamdulillah Ya Allah...

Abah sebagai Bapa kepada 8 orang anak :
1) Abah seorang GURU
Hakikatnya, Abah adalah seorang anak lelaki sulung dalam keluarga. Saya tahu dia memang tak mahu anak2 dia tak belajar sehinggalah ke peringkat Ijazah sekurang-kurangnya. Dulu lain, keadaan tak sama, sekarang  Ilmu tu paling utama dan pertama, kalau kita tidak sentiasa bersaing, kita akan berada di takuk paling belakang sekali. Dan pada saya dia telah melakukan yang amat terbaik untuk itu, seumur hidup saya tiada paksaan untuk belajar tapi nasihat yang mengiringi. Antara ayat2 yang selalu saya ingat "Abah nak kau belajar, yang senang esok kau, bukan Abah, Abah dah mati, Esok kau macam mana?", "Duit ni kalau simpan banyak2 nak buat apa?bukan boleh bawa mati, laburlah pada anak2 belajar", "Kalau Abah tinggalkan harta, Harta ni akan habis, jadi sebab tu Abah suruh kau belajar" and so on...mungkin sebab saya suka berbual-bual dengan abah dan suka ikut dia berjalan walaupun dia cakap, jalanlah sendiri sana kan dah besar!well..nak manja2 kan..hehe

2) Abah seorang USTAZ

Abah merupakan seorang pencen askar berpangkat Staf Sarjan! Penggunaan masa yang cepat, teratur & tepat amatlah dititikberatkan. Di rumah kami adik beradik, kami tidak dibenarkan langsung buka TV waktu Maghrib, waktu tu kami mesti mengaji sehingga mula waktu BERITA berkumandang barulah boleh buka, yaah dari kecil dah diajar macam tu..Alhamdulillah dah terbiasa sehingga ke hari ni. Dulu Abah memang suka bising solat tu jangan lambat2 tapi biarlah diawal waktu, tapi sekarang saya tahu Abah beranggapan kami dah besar jadi dia cakap 'dah boleh fikir mana baik buruk'. To be honest, I really miss that moments! Abah tak bagi anak2 dia keluar malam2, melepak ke & buat perkara bukan2, Alhamdulillah sampai sekarang juga dah terbiasa..dan banyak lagi kisahnya...

Selasa, 14 Februari 2012

Oreo McFLurry dikala hujan

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Haii apa khabar semua...? Moga2 sihat2 belaka & gembira disisi keluarga tersayang...

Kisah makan Oreo McFlurry dengan kawan2 time hujan...hikhik 
Memang tak ada kerja...Haha makan dekat padang kawad UTM Skudai + dalam suasana hujan lebat plak tu...
Mentang2  lepas Final Exam...


 Kami DriveTHRU...

TQVM untuk ini..free kot

Apa2 pun menarik keluar dengan diorang, yelah suka2 kan dapat idea pelik2 macam  ni...haha, orang lalu lalang tengok je kami buat apa...harap2 lepas ni belanja lagi ya kawan2..hehe

Aku rasa aku pun tak pernah lagi buat macam ni...hujan lebat kot belakang tu...

Khamis, 26 Januari 2012

Tamat Sudah Sem 1..!

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Alhamdulillah,19hb Januari 2012 (last paper) tamat sudah sem 1, 2011/2012 di UTM untuk tahun kedua...
haha bak kata kawan2 (haii macam dah habis degree dah, diploma dulu tak se'pressure' ni)...hehe


Nak details, baca & lihat ni...Ini Konvokesyen Diploma saya...! SIRI 1

Di kesempatan ni nak ucap Terima Kasih Banyak2 tak terhingga kepada Mak+Abah+Ahli2 Keluarga & Sahabat2 yang selalu menolong+membantu tak kira masa senang atau susah...sebab :

1 : Doa+pertolongan kalian yang tak henti2

2 : Perkhabaran berita+semangat & dorongan yang sentiasa positif serta berpandangan jauh 

3 : Tak jemu membantu tak kira masa+sanggup berkorban

4 : Sahabat2 yang sentiasa bersama saya, hanya Allah SWT dapat membalasnya

5 : Dan segala macam perkara yang tak tertulis & terlintas dikala penulisan ini diukir

6 : Mohon maaf ya untuk sem pertama ni untuk segala macam benda yang sengaja atau tak sengaja...hehe

Sabtu, 31 Disember 2011

Adakah kita lupa...?

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Nak kongsi satu gambar, moga2 bermanfaat kepada semua...
*1001 makna disebalik nya..TQVM kawan fb


Adakah kita lupa...?atau sedang lupa...?
Hargai mereka...~

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Jumaat, 23 Disember 2011

Menarik & Tertarik!...Jom tonton

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Haiii lama tak post apa2 dalam blog saya ni...
Nak kongsi satu video yang menarik & tersentuh melihatnya, tapi saya penuh yakin ramai dah menontonnya!



Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Buatlah PILIHAN yang BIJAK! Segalanya di tangan anda~

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~


Menarik artikel di shakirshafiee..Jom baca!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?