Selasa, 8 November 2011

Mereka BOLEH!

Assalamualaikum wbt & selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...

Salam Zulhijjah semua...!

Haii semua, sekarang tepat 1.13am saya memulakan penulisan...
Hari ni saya berfikir sejenak akan apa yang telah berlaku...


Syukur Alhamdulillah ku panjatkan pada Maha Esa yang masih memberikan ku ruang untuk bernafas dan menikmati keindahan dunia yang fana' ini...

Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalik yang terjadi...


Izinku memulakan langkah kata-kata pada hening pagi ini...


Saya merupakan graduan Diploma dari sebuah IPTA & sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang sama..Rujuk SINI

Saya dapat sambung pada panggilan kedua ke IPTA dan mendaftar pada 19/09/11 lambat kira2 dua minggu dari panggilan pertama. Pointer kurang cemerlang diploma antara sebab saya tidak dapat pada panggilan pertama (bukan ini isunya).

Ermm, ramai sahabat2 saya yang xdapat sambung untuk ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang sama. Kebanyakan kami mohon IPTA yang sama untuk ke peringkat Ijazah. Bukan rezeki dan faktor pointer juga amat memainkan peranan...

Masa cuti tunggu rayuan, hanya Allah SWT yang tahu betapa berdebarnya untuk tahu keputusan rayuan. Emak dan Abah paling berdebar, mana tak nya, risau...!

Kami yang tunggu rayuan, memang agak kerap contact each other untuk tahu jika ada apa2 perkembangan! Alhamdulillah rezeki saya, saya dapat rayuan...!

Ya, saya sedih melihat sahabat2 tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran...
Tapi saya yakin, ada yang lebih baik untuk mereka...




*********************************************************************************
Kadang2 apa yang saya mampu, hanya menitiskan air mata...

*********************************************************************************

Moga kalian tabah N kuat, saya yakin terhadap korang!
Jangan patah semangat sebab orang yang gagal orang yang putus asa dalam hidupnya!
I Love U all! Kami senantiasa bersama anda...

Yaaa, saya bukan ditempat mereka tidak merasa apa yang berlaku...Tidak berhak berkata-kata apa2...
Apa2 pun yang terjadi, ibubapa & keluarga saya PENYOKONG paling kuat yang tak ternilai harganya!
Mereka tetap bangga punyai anak seperti kita!


Sebenarnya nukilan ini telah lama saya coret untuk tatapan bersama....
Hanya sekarang saya mampu kongsikan, moga manfaat bersama...~

Cikgu saya berpesan. "Ingatlah kegagalan, kerana ia akan mengajar kamu untuk berjaya".
Saya yakin kawan2 juga akan berjaya, jangan GIVE UP ya sahabat2! Kita Boleh!


Sumber Imej : Google

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?