Sabtu, 1 Oktober 2011

Bertudung itu cantik

Assalamualaikum wbt & selamat Sejahtera sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...
Salam Zulkaedah semua...!

Moga2 sihat & bahagia di samping keluarga tersayang...


Sudah lama tidak menjengah blog, akhirnya berjaya juga menulis untuk artikel yang terbaru ni...

Alhamdulillah, baru2 ni sempat membaca keratan akhbar tempatan yang dikongsi bersama oleh kawan saya di facebook...


Ceritanya, seorang pelakon telah bertudung...Siapa dia...?Jom baca dulu...!

Yang paling saya tersentuh dalam kenyataan pelakon tu dalam akhbar tersebut ialah :

Antara kenyataannya....

“Namun, semuanya berubah apabila akhir-akhir ini, saya sering terasa seolah-olah hari kiamat sudah dekat.
“Apabila saya nilai diri, banyak tuntutan agama yang tidak saya penuhi. Saya takut dan sangat insaf akan kekurangan diri selama ini,” akuinya.

Namun kata Diana, perkara utama yang membuatkan dia nekad untuk berubah adalah bagi mengelak bapanya, Amir Hashim, 54, daripada terus menanggung dosa kerana kedegilannya yang tidak mahu menutup aurat.
“Kasihan pada abah, selagi saya belum berkahwin, dia perlu memikul dosa saya yang tidak menutup aurat kerana seolah-olah abah tidak pandai mendidik anak pula.
“Pada hal sudah lama abah dan umi menyuruh saya menutup aurat. Alhamdulillah, ini semua berkat doa mereka,” katanya terharu.

Diana atau Nurdiyana Amir, 25

Kagum saya membaca kenyataannya sebab saya pernah tengok dia berlakon dalam drama Adamaya xsilap...!

Jadi, dia dah mulakan langkah untuk berubah, moga2 dia terus Istiqamah dalam perubahan ini...
Kita bila lagi...?


Alhamdulillah ramai anak seni Malaysia dah mula cenderung ke arah yang lebih baik & pada saya mereka sebenarnya merupakan antara idola sebahagian anak muda di Malaysia...

Jadi, bila anjakan mereka adalah ke arah yang lebih baik, moga2 ia menjadi ikutan yang berganda-ganda baik untuk semua peminat mereka....!

Untuk membaca artikel penuh tentang berita ini, sila layari Utusan Online ya..!

Fikir2kan ya & Selamat Beramal untuk renungan bersama...

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

InsyaALLAH, untuk entri akan datang saya akan tulis berkenaan apa perkara yang menyebabkan saya busy...

Tunggu~

Sumber Imej : Google
Sumber Artikel : Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?