Khamis, 9 April 2015

Pakcik penggunting rambut

Salam wbt & Hai kawan-kawan,

05042015 (Ahad)
Kedai gunting rambut

Sedikit perkongsian semasa menggunting rambut :

Masa aku hadir cuaca hujan renyai-renyai dan suhu agak mendamaikan serta tak ada pelanggan masa tu. Jadinya, ia menjadi cepat dan pantas sebab aku pelanggan pertama.

Pakcik mula bercerita akan perihal naik harga disebabkan GST di kedai runcit berhampiran. "Barang dekat kedai ni naik harga lepas GST, orang kampung tak kan lah nak pergi jauh-jauh nak cari kedai runcit lebih murah harganya dari kedai ni, kan dah kira kos jugak tu?"..

Dan bermulalah kisah pakcik yang bercerita mengenai harga getah iaitu sekitar RM1.60/sekilo dan mengenai perubahan cuaca. Saya kurang pasti akan harga getah ni sama ada ikut harga harian atau bulanan.

****************************************************************************

Azmi : "Pakcik menoreh getah lagi ke pakcik?", tanya aku.

Pakcik : "Haah, pakcik setiap pagi menoreh getah dulu, petang baru gunting rambut".

Azmi : Ouuh.. yelah umur pakcik ni lebih kurang Abah aku je iaitu sekitar 65tahun. Agak tua jugak untuk dibandingkan dengan kadar bebanan kerja dalam sehari.

Pakcik : "Pakcik, dalam sehari menoreh untuk dua ekar kebun getah, boleh lah dapat dalam 12kilo sehari". Menoreh bukan boleh hari-hari yelah sebab perubahan cuaca dan rosak lah pokok kalau kita toreh hari-hari menyebabkan susu getah tak boleh dihasilkan. Jadi dalam sebulan lebih kurang 15 hari pakcik boleh toreh, selang sehari kalau ada rezeki.

Aku pun tanya Abah, betul ke menoreh ni tak boleh hari-hari. Abah cakap memang betullah sebab nanti rosak pokok getah tu. Kalau cuaca tak mengizinkan, kita mana boleh toreh sebab susu getah tak keluar.

Azmi : Pakcik yang sedang khusyuk menggunting rambut aku membuat kan aku terfikir, biar benar pakcik ni. Kalau ikut kiraan kasar aku..

(10 kilo X RM1.60 = RM16.00) + (2 kilo X RM1.60 = RM3.20)
Jadi, jumlah keseluruhan = RM19.20 sehari

Azmi : Aku pun terfikir agak jauh, hmm kos seharian aku makan di kedai pun untuk tengahari dan malam hampir RM17 dan ke bawah sebab aku pun masih bujang jadi kedailah jawapannya. Bukan sebab aku ni kaya tapi kerana harga makan dan minum sekarang memang lebih kurang begitu rata-rata harganya. Mungkin ada yang nak pertikai, banyak je kedai murah ye dak?pandai-pandai lah cari. Kalau masak kos harian mungkin akan lebih murah semurahnya kan?Alasan semua tu!

Tapi, jawapannya.. Murah, bersih dan sedap itu pilihan utama di hati serta variety dalam memenuhi keperluan makan. kemahiran memaasak telur goreng dan tempe goreng adalah sikit, yang lain totally out.

Azmi : Aku pun bertanya lagi. "Tapi pakcik tak ada tanggungan dah kan pakcik? Anak-anak pakcik semua dah kahwin kan?". Banyak plak soalan aku petang tu.

Pakcik : "Anak-anak pakcik semua dah kerja dah. Kadang-kadang diorang pun ada bagi pakcik dan makcik setiap bulan. Tapi, kadang-kadang diorang pun kurang berkemampuan untuk memberi, pakcik pun faham. Anak ramai kan, sekolah lagi semuanya".

Pakcik : "Tapi, duit yang diorang bagi pun pakcik dan makcik bagi semula untuk cucu-cucu, kalau diorang minta mainan ke, makanan dan macam-macam lagi..pakcik dan makcik belikan je".

Azmi : Ouhhh.. biasalah cucu kan. Lagipun budak-budak. Atok dengan nenek mestilah sayang diorang lebih ye dak?

Aktiviti gunting rambut pun hampir tamat, seorang lagi pelanggan pun sudah mulai tunggu giliran.

Azmi : "Berapa pakcik semuanya?". Aku bertanya untuk pembayaran.

Pakcik : "RM4 je dik".

Azmi : Murahnya untuk keadaan semasa kan. Puas hati sebab regular customer ye dak. Aku pun hulurkan RM4 atas service yang memuaskan untuk type macam aku. Dulu RM3 je sebab aku kan masih belajar lagi masa tu.

Pakcik : "Awak balik mana ni nanti?". Pakcik bertanya dengan senyuman lebar.

Azmi : "Ouhh.. Saya balik Rawang pakcik. Bukan Rawang di Muar ya tapi Rawang, Selangor". Hehe..

Pakcik : "Ouhh ok..ok.. Terima kasih ya".

****************************************************************************

Aku pun bersalaman dengan ucapan terima kasih dan berlalu pergi.
Semoga dapat berjumpa lagi nanti.

Sekian. Tamat.

Moral :

Bukan semua orang disekeliling kita senang seperti yang kita sangkakan,
Ada insan yang menghitung wang syiling dan kertas setiap hari,
Bukan kerana kaya tapi untuk mencukupkan apa yang dirasanya tidak cukup,
Mereka kaya dengan syukur serta kreatif dalam mempelbagaikan kemahiran,
Mereka tidak merungut tapi berkongsi cerita dan pedoman untuk anak muda,
Kaya bukan dinilai dari wang ringgit atau harta semata,
Tapi, dinilai dengan sikap budi pekerti serta sentiasa syukur dengan
segala pemberian Yang Maha Esa.

# Menerusi pandangan aku yang dangkal, cetek & masih lagi belum khatam tentang GST, aku berpendapat GST masih tidak relevan & praktikal di Malaysia buat masa sekarang disebabkan pendapatan per kapita setiap rakyat Malaysia yang masih rendah & mereka juga tidak faham apa itu GST secara mendalam selain harga sebenar barang dari sisi penjual, pemborong dan pengguna yang kurang jelas dan tidak transparen. Mungkin kadar harga jual beli getah dan kelapa sawit perlu dibeli dengan harga yang lebih mahal selain alternatif + idea lain untuk menjana pendapatan sampingan.

Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Salam sayang,
Azmiags

Jumaat, 10 Oktober 2014

Do I still have a chance?


Salam wbt & Hai semua sahabat,
Alhamdulillah ada kelapangan untuk mencoret sesuatu di laman sendiri.

Aku tanamkan tekad untuk mengambil masa sedikit bagi menulis catatan ini agar emosi
& perasaan 'bebas' serta mudah untuk diterjemah,


Hampir seminggu yang lalu iaitu Rabu lepas aku bertanya soalan yang amat penting 
dekat Abah,
Jarang sekali aku menimbulkan persoalan sebegini sebab keadaan semasa yang masih belum 
bekerja secara formal & tiada pendapatan sendiri,
Bukan mudah untuk bercerita secara spesifik & 'details' dengan Abah mungkin kerana takut, 
kurang keberanian, kurang persediaan & masih kurang ketetapan hati,

Pandangan sepupu rapat dan rakan baik juga aku pohon untuk pertimbangan dalam keputusan
agar ia tidak terburu & mereka kata "Cuba dulu tanya Bapa kau, mesti dia faham",

Aku juga pernah bertanya perihal perkara ini dekat Abah & Mak tetapi secara umum sahaja yang
membuatkan aku tidak berniat lagi untuk bertanya pada mereka dalam masa terdekat,

Pagi itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari urusan membayar cukai & selepas medang,
Aku tetapkan niat yang aku ingin bertanya dekat Abah secara 
'man-to-man' atau 'heart-to-heart' tentang perkara ni,
Aku juga ada terfikir untuk bertanyakan perihal ini seusai aku memperoleh pekerjaan yang mampu memberi kelegaan pada Mak & Abah,

Sebelum tu juga aku ada terbaca 'quote' seperti yang dibawah ni dalam FB, jadinya aku buang 
sifat takut untuk bertanya tu jauh2 sampai Amerika Latin sana,


Perkara ni juga seakan memakan ruang simpanan di minda untuk beberapa minggu selain 
giat terbang sepantasnya dalam kotak pemikiran menyebabkan kadangkala aku 
penat tapi ini hal masa depan,

***************************************************************************

Perbualan pagi tu aku mulakan dengan suara lembut dan sopan,
"Abah, nak tanya sikit boleh?" dan aku diam seketika untuk menyusun ayat berikutnya biar 
mudah difahami,

Dan aku teruskan dengan persoalan berikutnya,
"Adakah Abah redha jika aku ingin berkahwin dengan insan yang nun jauh
menyeberangi laut iaitu di Sarawak?", 

Jawapan Abah seakan menjawab doa yang ku mohon petunjuk selama beberapa ketika 
berkenaan perkara ini sebelumnya, 
Sangkaan aku yang selama ini bahawa Abah tidak mengizinkan adalah sama sekali meleset 
sebab aku ingat keadaan yang jauh akan membatasi segalanya,

Abah kata "Abah tak kisah, Abah sokong kalau itu pilihan anak Abah, kau pun dah besar, 
sekarang pun kemudahan dah banyak jadi itu bukan masalah untuk bergerak & yang penting 
ada rasa tanggungjawab!", banyak lagi sebenarnya yang Abah kongsikan tapi hanya sikit yang 
aku coretkan disini,

Malah Mak pun tidak membantah sikit, cuma Mak cakap "Kerja dulu mi nak tanggung anak orang",
Tapi aku tahu dari raut wajah Mak, Mak cukup risau dengan kisah aku ini sebab ialah anak 
bongsu & kembar Mak meluahkan perkara orang dewasa dengan dia..ehhe,
Secara umumnya, Mak Abah sudah redha dengan persoalan aku ini,

***************************************************************************

Namun aku sedar dikala catatan ini ditulis keputusan akhir telah pun dibuat dan dimuktamadkan,
Aku bukan tidak mahu mencuba tapi siapalah aku untuk menjadi penghalang kepada 
perhubungan suci yang baru sahaja bermula,
Apakan daya masa juga tidak akan kembali,
Yang mampu aku lakukan adalah berdoa yang terbaik untuk perjalanan yang baru,

Aku juga sedar bahawa tindakan aku juga telah terlewat, terlambat & sudah menemui 
nokhtahnya walau redha telah ku peroleh,
Ia juga mengajar aku untuk membuat keputusan yang sebenar bukan hanya pada membuta 
begitu sahaja tapi yang paling penting kebergantungan pada Yang Maha Esa,
Tambahan, jangan membuat sangkaan atau bersikap negatif terhadap sesuatu keputusan
yang kita sendiri tidak tahu hujungnya selagi kita tidak mencuba,


Mimpi-Aisyah Aziz

Lirik lagu yang sering terngiang-ngiang di benak mindaku yang seperti & seakan berkait,

Persoalan2 yang sering bermain di minda ku "Do I still have a chance?", 
"There's still a chance?" tinggal persoalan biasa,
Tindakan yang mampu ku lakukan sekarang adalah "moving on" dengan rela  & 
mula terima hakikat akan perkara ini tiada lagi harapan yang tinggal serta lebihkan fokus 
pada 'job hunting' + 'interview' yang sedang menunggu minggu hadapan,
Aku yakin 'moments' indah & perkara berkaitan ini akan berlalu pergi perlahan2 
sebagaimana detik masa,
Cuma aku butuhkan suatu masa untuk memadam perkara ini hingga tiba saatnya nanti,
Ya! dan aku redha dengan perkara ini & redha dengan kesilapan sendiri,

InsyaALLAH aku yakin ada hikmah yang tersembunyi,
Ada yang lebih baik menanti InsyaALLAH,
Kini, masa untuk muhasabah diri,
Moga Allah sentiasa berkati jalan ku yang masih panjang & berliku ini.



Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Sekian.

Salam sayang,
azmiags


Sumber Imej : Google, FB

Selasa, 16 Julai 2013

Sungguh beruntungnya aku

Salam wbt & salam Sejahtera sahabat2ku yang diredhai Allah SWT,
Salam Ramadhan Al-Mubarak yang ke-7.

Sekelip mata Ramadhan Al-Mubarak 1434H sudah mencapai usia 7 hari,
Moga2 senantiasa dalam landasan keimanan yang utuh lagi mantap!

Hari ni ceritanya hantar kereta pergi cuci,
Dalam pada melihat kereta dicuci hati meronta untuk bertanya sang pekerja,
Muda & kelihatan seperti budak sekolah lagi,
Salah seorang pekerja pun berjalan berhampiran tempat ku duduk,
Haa, aku pun mula bertanya,

Perbualan pun bermula :

Aku : Pekerja sini berapa orang dik?
Budak1 : 6 orang bang, ada yang masih sekolah & ada yang dah berhenti.
Aku : Ouh, adik tingkatan berapa?
Budak1 : Tingkatan 2, tapi saya dah berhenti.
Aku : Dengan terkejut, sebab apa berhenti dik?
Budak1 : Senyum.
Aku : Senyum membalas, sungguh penuh persoalan di muka budak tu.

Aku : Berapa RM dapat dik sehari?
Budak2 : RM15, kalau hari minggu RM20.
Aku : Kerja mula pukul berapa sampai pukul berapa?
Budak2 : Isnin sampai Jumaat mula pukul 11am sampai 8.30pm,
                           Tapi kalau hari minggu mula kerja pukul 10am sampai 8.30pm.
Aku : Ouh, habis kereta banyak x?
Budak2 : Biasanya hari minggu lagi banyak dari hari biasa bang.
Aku : Ouhh..

Dua perkara yang bermain di benak mindaku :
  • Mungkin budak2 ni bekerja untuk bantu keluarga, mencari duit lebih & nak kumpul duit?
  • Apa yang akan berlaku pada masa hadapan mereka, kerana tidak meneruskan pembelajaran? 

Semoga Allah SWT memberkati perjalanan hidup adik2 sekalian,
Sungguhnya diriku amat beruntung & bersyukur kerana berpeluang belajar lebih dari mereka,
Walau diriku tidak mewah tapi ia amat mencukupi,
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui akan setiap apa yang berlaku.


Kereta ku pun telah siap dicuci,
Oleh kerana kereta saiz kecil,
Jadi bayarannya pun tidak terlalu mahal,
RM8 semuanya, serba puas hati.

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~


Yang Ikhlas
azmiags

Rabu, 3 Julai 2013

Alhamdulillah hampir sebulan disini

Salam wbt & Salam Sejahtera sahabat2 yang ku sayangi,
Moga senantiasa dalam redha Allah SWT

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, sudah hampir 4 minggu berada dalam bidang industri.
Latihan Industri memang menarik untuk diterokai.
Moga perkongsian ini menarik minat sahabat2 untuk 'hidup' dalam alam pemburuanku.

**********************************************************************************************************************************************************

Banyak yang ku pelajari,
Dari mula melangkah kaki di pintu utama Tg Bin Power Plant,
Dada menjadi sedikit gusar almaklum tiada pengalaman bersama majikan fromal sebelum ini,
Niat yang ku tanam hanya satu pemburuan sedikit Ilmu berkenaan perihal teori elektrikal yang
tertimbun lama dalam mindaku,

Rupanya ada benar kata2 sang pendokong Ilmu tidak semua yang ku pelajari secara teori
berhubung kait secara langsung dalam bidang industri yang ku ceburi,
Malah ia ibarat 'gula2' kerana teori yang ku pelajari adalah perkara yang terlalu asas untuk dilaksana
ke dalam bidang industri yang ku ceburi,
Namu ia masih tidak cukup, banyak perkara dalam makalah yang masih belum ku terokai,
Memang tidak semua bekalan teoriku berhubug kait dalam 'ala-ala pekerjaan' ku ini,
Alhamdulillah ia masih menjadi bekalan 'general knowledge' yang masih ku butuh dalam pemburuanku,

Semakin hari semakin rasa seperti 'dungu' ku rasakan,
"Apa sebenarnya yang telah ku pelajari dalam bilik kuliah..?"bisik seketika,
Diriku rasa terlalu cetek dalam pemburuan ini,
Memang benarlah, Ilmu Sang Pemilik Alam Maha Luas & Maha Hebat untuk diterokai,
Semakin banyak yang ku kaji, semakin banyak yang ku tidak ketahui,

Alhamdulillah masih ada insan yang sudi menjadi guru kepada seorang insan hina sepertiku ini,
Bos yang 'cool', 'Supervisor' yang 'osem' ditambah rakan2 sekerja yang satu kepala,
Sahabat2 seUNI yang sama2 memburu Ilmu di tempat yang sama,
Suasana kerja yang berbentuk Islamik, Majikan yang berkebajikan,
Tiada istilah buli-membuli, kamu mahu kamu mesti kejar!,

Sehingga ke saat ini, ada dua perkara yang terngiang-ngiang dalam benak pemikiranku,
Kata2 dari sang pegawai & rakan sekerja,

**********************************************************************************************************************************************************

"Ingatlah rezeki yang mewah itu bukan kerana hebatnya Sang Majikan, tapi rezeki itu
 adalah Pemilik Yang Maha Esa, Yakinlah!"


"Pulanglah kerap ke kampung halaman walau sesibuk mana, jenguklah Emak Abah selagi mereka masih ada, disitu ada ketenangan & redha yang menunggu, 
Kelak takut menyesal plak"

**********************************************************************************************************************************************************
Perjalananku masih jauh beribu batu,
Masih banyak tangga yang perlu ku daki,
Masih banyak makalah yang perlu ku terokai,
Tegurlah aku andai aku tersilap langkah dalam memburu,
Nasihat & perbetulkanlah kesilapanku.!

Ingatlah Sang pemburu Ilmu,
Ingatlah!

*********************************************************************************

Rendahkanlah rasa egomu,
Buanglah sedikit rasa malu,
Tundukkanlah dirimu dalam mencari ilmu,
Tanpa berkira apa status dirimu.

*********************************************************************************

#Pesanan untuk diriku yang terlalu merasakan diri ini terlalu hebat tapi masih kosong!

#Bersama sahabat2 seUNI 

#Pemandangan sekitar 

Sekian, 
esok InsyaALLAH masih menunggu untuk ku terus memburu!

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Yang Ikhlas
azmiags

Sabtu, 29 Jun 2013

Balik jugak..


Salam wbt & Salam Sejahtera sahabat2ku yang dikasihi,
Moga sentiasa dalam redha Allah SWT..

Alhamdulillah dapat balik rumah akhirnya minggu lepas selepas 7 minggu di 'perantauan',
Sibuk memepersiapkan diri untuk berperang di Medan Peperiksaan,
Rasa rindu membuak2 walau Mak Abah dah datang masa Final untuk ambil barang,
mungkin rindu pada tanah rumah, mungkin..hehe~

Perjalanan pulang pun sedikit sukar, masih tidak biasa dengan sistem pengangkutan di tempat baru,
Masa yang agak tepat pulang sebab waktu berjerebu teruk di Muar sehingga IPU,
tertinggi dicatatkan di Muar & Ledang iaitu 746 dan terus diisytiharkan darurat,
Memang terasa bau asap sehingga ke dalam rumah + debu2 habuk berterbangan, begitulah situasinya..
#Ini buktinya, perhatikan latarbelakang masih seperti fajar walau hampir ke waktu senja

Pakcik dengan Syakir

Jadi kisahnya begitulah hidup seorang anak lelaki sepertiku, yang sedang memburu ilmu ,
Jika lama tidak berjumpa Mak Abah, seperti ada yang tidak kena,
Fikiran melayang2 ingin ketemu mereka,
Banyak yang ingin ku kongsikan dengan Mak Abah kisah di tempat baru,
Mereka lah pendengar yang sangat setia & terbaik.

Walau ada sahabat yang berkata kepada diriku, "Kau ni anak emaklah",
Tapi tak apalah, memang itu kewajipanku sebagai anak lelaki jika syurga yang ingin ku kejar,
Aku juga mahu anak2 lelakiku kelak mencontohi sikapku walau sedikit,
Untuk mencintai Sang Permaisuri & Sang Sultan melebihi Sang Puteri.

Untuk Mak Abah, 
yang setiap detik mengirimkan doa untukku untuk kesenanganku,
yang selalu bertanya & menunggu perkhabaran dariku,
yang tidak henti2 merisaukan diriku,
yang selalu bertanya cukup ke tak duit yang dikirim,
Terima Kasih Mak Abah.
"I LOVE U SO MUCH"

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~


anak kembarmu,
azmiags



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?