Khamis, 9 April 2015

Pakcik penggunting rambut

Salam wbt & Hai kawan-kawan,

05042015 (Ahad)
Kedai gunting rambut

Sedikit perkongsian semasa menggunting rambut :

Masa aku hadir cuaca hujan renyai-renyai dan suhu agak mendamaikan serta tak ada pelanggan masa tu. Jadinya, ia menjadi cepat dan pantas sebab aku pelanggan pertama.

Pakcik mula bercerita akan perihal naik harga disebabkan GST di kedai runcit berhampiran. "Barang dekat kedai ni naik harga lepas GST, orang kampung tak kan lah nak pergi jauh-jauh nak cari kedai runcit lebih murah harganya dari kedai ni, kan dah kira kos jugak tu?"..

Dan bermulalah kisah pakcik yang bercerita mengenai harga getah iaitu sekitar RM1.60/sekilo dan mengenai perubahan cuaca. Saya kurang pasti akan harga getah ni sama ada ikut harga harian atau bulanan.

****************************************************************************

Azmi : "Pakcik menoreh getah lagi ke pakcik?", tanya aku.

Pakcik : "Haah, pakcik setiap pagi menoreh getah dulu, petang baru gunting rambut".

Azmi : Ouuh.. yelah umur pakcik ni lebih kurang Abah aku je iaitu sekitar 65tahun. Agak tua jugak untuk dibandingkan dengan kadar bebanan kerja dalam sehari.

Pakcik : "Pakcik, dalam sehari menoreh untuk dua ekar kebun getah, boleh lah dapat dalam 12kilo sehari". Menoreh bukan boleh hari-hari yelah sebab perubahan cuaca dan rosak lah pokok kalau kita toreh hari-hari menyebabkan susu getah tak boleh dihasilkan. Jadi dalam sebulan lebih kurang 15 hari pakcik boleh toreh, selang sehari kalau ada rezeki.

Aku pun tanya Abah, betul ke menoreh ni tak boleh hari-hari. Abah cakap memang betullah sebab nanti rosak pokok getah tu. Kalau cuaca tak mengizinkan, kita mana boleh toreh sebab susu getah tak keluar.

Azmi : Pakcik yang sedang khusyuk menggunting rambut aku membuat kan aku terfikir, biar benar pakcik ni. Kalau ikut kiraan kasar aku..

(10 kilo X RM1.60 = RM16.00) + (2 kilo X RM1.60 = RM3.20)
Jadi, jumlah keseluruhan = RM19.20 sehari

Azmi : Aku pun terfikir agak jauh, hmm kos seharian aku makan di kedai pun untuk tengahari dan malam hampir RM17 dan ke bawah sebab aku pun masih bujang jadi kedailah jawapannya. Bukan sebab aku ni kaya tapi kerana harga makan dan minum sekarang memang lebih kurang begitu rata-rata harganya. Mungkin ada yang nak pertikai, banyak je kedai murah ye dak?pandai-pandai lah cari. Kalau masak kos harian mungkin akan lebih murah semurahnya kan?Alasan semua tu!

Tapi, jawapannya.. Murah, bersih dan sedap itu pilihan utama di hati serta variety dalam memenuhi keperluan makan. kemahiran memaasak telur goreng dan tempe goreng adalah sikit, yang lain totally out.

Azmi : Aku pun bertanya lagi. "Tapi pakcik tak ada tanggungan dah kan pakcik? Anak-anak pakcik semua dah kahwin kan?". Banyak plak soalan aku petang tu.

Pakcik : "Anak-anak pakcik semua dah kerja dah. Kadang-kadang diorang pun ada bagi pakcik dan makcik setiap bulan. Tapi, kadang-kadang diorang pun kurang berkemampuan untuk memberi, pakcik pun faham. Anak ramai kan, sekolah lagi semuanya".

Pakcik : "Tapi, duit yang diorang bagi pun pakcik dan makcik bagi semula untuk cucu-cucu, kalau diorang minta mainan ke, makanan dan macam-macam lagi..pakcik dan makcik belikan je".

Azmi : Ouhhh.. biasalah cucu kan. Lagipun budak-budak. Atok dengan nenek mestilah sayang diorang lebih ye dak?

Aktiviti gunting rambut pun hampir tamat, seorang lagi pelanggan pun sudah mulai tunggu giliran.

Azmi : "Berapa pakcik semuanya?". Aku bertanya untuk pembayaran.

Pakcik : "RM4 je dik".

Azmi : Murahnya untuk keadaan semasa kan. Puas hati sebab regular customer ye dak. Aku pun hulurkan RM4 atas service yang memuaskan untuk type macam aku. Dulu RM3 je sebab aku kan masih belajar lagi masa tu.

Pakcik : "Awak balik mana ni nanti?". Pakcik bertanya dengan senyuman lebar.

Azmi : "Ouhh.. Saya balik Rawang pakcik. Bukan Rawang di Muar ya tapi Rawang, Selangor". Hehe..

Pakcik : "Ouhh ok..ok.. Terima kasih ya".

****************************************************************************

Aku pun bersalaman dengan ucapan terima kasih dan berlalu pergi.
Semoga dapat berjumpa lagi nanti.

Sekian. Tamat.

Moral :

Bukan semua orang disekeliling kita senang seperti yang kita sangkakan,
Ada insan yang menghitung wang syiling dan kertas setiap hari,
Bukan kerana kaya tapi untuk mencukupkan apa yang dirasanya tidak cukup,
Mereka kaya dengan syukur serta kreatif dalam mempelbagaikan kemahiran,
Mereka tidak merungut tapi berkongsi cerita dan pedoman untuk anak muda,
Kaya bukan dinilai dari wang ringgit atau harta semata,
Tapi, dinilai dengan sikap budi pekerti serta sentiasa syukur dengan
segala pemberian Yang Maha Esa.

# Menerusi pandangan aku yang dangkal, cetek & masih lagi belum khatam tentang GST, aku berpendapat GST masih tidak relevan & praktikal di Malaysia buat masa sekarang disebabkan pendapatan per kapita setiap rakyat Malaysia yang masih rendah & mereka juga tidak faham apa itu GST secara mendalam selain harga sebenar barang dari sisi penjual, pemborong dan pengguna yang kurang jelas dan tidak transparen. Mungkin kadar harga jual beli getah dan kelapa sawit perlu dibeli dengan harga yang lebih mahal selain alternatif + idea lain untuk menjana pendapatan sampingan.

Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Salam sayang,
Azmiags

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?