Sabtu, 26 Mei 2012

Selamat Hari GURU Cikgu!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...
Salam Rejab!

Teringat sajak ni dekat dinding sekolah rendah, Moga ada lagi...
Menarik & Manfaat!

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

#Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 :

Tadika KEMAS Parit Medan (1995-1996), 
Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat (1997-2002), 
Sekolah Agama Bukit Rahmat (1997-2005), 
Sekolah Menengah  Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad (2003-2007).
UTM International Campus (2008-2011),
UTM Skudai (2011-sekarang..)

#Terima Kasih CIKGU & Halalkan segala ilmu2..Moga2 Allah SWT memberkati kalian..Aminn..
Rindu Cikgu2...;-)

#Guru Terbaik saya sepanjang hayat-Emak Abah, Teman Sejati Hayat ini-kembar saya, Ahli  Keluarga yang berwawasan, Sahabat2 & Rakan Taulan yang banyak membantu saya ketika saya jatuh dan tidak berstatus & juga mereka yang selalu memberikan pengalaman + dorongan + nasihat teguran + idea2 + semangat dalam perjuangan..Jasa kalian hanya Allah SWT dapat membalas..
Salam Sayang dari saya...Love U All!

#Sungguhpun, perkataan 'CIKGU' itulah yang saya ingat sampai sekarang, mengingatkan saya akan ilmu yang telah saya tuntut dari insan luar biasa hebat ILMUnya!
#Ampun & Maaf ku pohon dari anak muridmu Azmi Abd Ghafar...





azmiags


Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~



Sabtu, 5 Mei 2012

Syukurlah!..Alhamdulillah

Salam wbt & Salam sejahtera...

Selamat petang..Moga2 sihat hendaknya dan senyum selalu sahabat2...

Beberapa hari lepas saya ada terjumpa dengan seorang hamba Allah SWT, yang saya kira sungguh istimewa...
Seorang lelaki, makan bersebelahan saya, jauh melihatnya...
Sedikit kurang upaya, bukan untuk mencerca tapi kerana kagum dengan sifatnya...
Yakin & gembira menjalani kehidupannya walau pun ada sedikit kekurangan dari sudut fizikal...


Tersedar dan amat kagum dengannya, tidak merungut dan sentiasa gembira...
Adakah saya yang sempurna dari segi fizikal ini mampu sepertinya andai berada dalam situasi yang sama?
Kadang2 saya juga tertanya2 keadaan ini, adakah saya mampu sepertinya?
Ya! Dalam kelalaian dibuai kehidupan duniawai, kadangkala amat miskin dan terlalu hina untuk menghadapNYA...terlalu banyak perkara yang 'lopong' & 'lupa' untuk dilaksanakan...
Seteguh keYAKINan dan keAZAMan yang ku damba untuk menghadapi situasi seperti ini!

Apa yang ingin saya kongsikan adalah, adakah selama ini kita SYUKUR! dengan segala nikmat yang tiada nilainya ini!Kita dapat dalam keadaan yang 'percuma' & 'pinjam', tak lama tapi sementara...


Moga kita sempat & sentiasa dalam menjaga 'wasiat' dari Maha Pencipta ini dengan baik dan cemerlang...InsyaALLAH

#Saya hanya berkongsi ap yang saya mampu... 
Jadi SYUKURlah! Tidak rugi jika bersyukur, tapi amat rugi andai tidak bersyukur~


Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?