Selasa, 30 Ogos 2011

Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati Allah SWT sekalian...
Salam Syawal...Salam Kemaafan...!

Syukur ke hadrat Allah SWT masih diberi peluang untuk menyambut Lebaran bersama Keluarga yang tercinta...

Di kesempatan ini saya Azmi bin Bad Ghafar ingin mohon ampun maaf andai tersalah kata, tingkah laku & segala macam perkara sama ada secara sedar atau tidak...kira 0-0 lah ya..


Harapannya sahabat2 yang saya kenali mahupun tidak dapat ampunkan dosa2 yang telah saya lakukan ya...!

Disini saya selitkan beberapa lagu raya untuk tatapan pengunjung2 blog AZMIAGSA ...Jom layan...


Yang masih ada keluarga, kalau ada kesempatan tu baliklah ke kampung...
Selagi ibubapa & keluarga ada disisi, marilah sama2 kita hargai ya..!

 

 Salam Syawal Sahabat2 sekalian...

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Ikhlas dari 
Azmi Abd Ghafar & Keluarga

Jom klik2 duit raya dekat bawah ni...

Ahad, 21 Ogos 2011

Iklan Ramadan di Youtube

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Salam Ramadan Al-Mubarak yang ke-21 hari ni sahabat2 sekalian...
Jom tengok apa input video2 dibawah...!
Moga ia memberi manfaat pada kita bersama...Renung2kan

Iklan 1 :

Iklan 2 :

Sabtu, 20 Ogos 2011

Bersediakah kita...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan Al-Mubarak yang ke-20... Lama dah tak jenguk blog
Alhamdulillah berjalan lancar harap2 nya ya...


Saya nak kongsikan satu video yang menarik, jangan lupa saksikan, hayati & amalkan juga ya..!


Sabtu, 13 Ogos 2011

Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak...?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Salam Ramadan Al-Mubarak yang ke-13 hari ni sahabat2 sekalian...

Jom tengok apa isi kandungan video ni...! 
Saya tertonton dari blog seorang kawan di lafazsakinah...

Khamis, 11 Ogos 2011

Jom Download Office 2010 & Aktifkannya...!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan Al-Mubarak yang ke-11 hari ni sahabat2 sekalian...
Macam mana ok x puasa...? Harap2 begitulah hendaknya...

Hari ni nak kongsi macam mana nak Install Office 2010 & Aktifkannya...

Ini masalah yang saya hadapi & Alhamdulillah berjaya juga akhirnya, huhu lepas berjam-jam mencari penyelesaian bagaimana nak aktifkan software ni...


Rabu, 10 Ogos 2011

Pisang oh pisang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak yang ke-10 hari ni sahabat2 sekalian...

Hari ni nak cerita pasal khasiat pisang ni...menarik tau...!
Dah lama nak cerita sebab pernah tengok match Rafael Nadal lawan Roger Federer...

Isnin, 8 Ogos 2011

Bunga Daisy ni untuk awak...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Entri ni khas untuk pemilik bunga Daisy...
Bukan tak ingat, tapi cuba tak nak ingat...ermm
Terima kasih komen blog saya, yeahh dah jumpa gak akhirnya...hehe
Berlinang air mata membacanya, apa2 pun...

*Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-21 ya walaupun dah terlambat wish, untung bulan puasa kan*

*Semoga mudah, tenang, gembira & bahagia selalu disamping insan2 yang tersayang*

*Berjaya capai apa yang diinginkan, kuat semangat & fokus dengan matlamat ya*

*Semakin meningkat umur, semakin dekat kita pada kematian*

*Jaga kesihatan & diri*

*Salam Ramadan Al-Mubarak & Salam Syawal juga*


Bunga2 ni khas untuk awak saya tangkap tadi, hehe :

MASJID DAN GEREJA: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak sahabat2 sekalian...
Dah masuk puasa ke-8 kan dalam bulan Ramadan kali ni...kejap bukan...?
Moga2 semakin banyak amalan kita bertambah dari hari ke hari ya...& jangan lupa muhasabah diri...

Jom baca entri di bawah ni, saya copy dari page Dr.MAZA ...

Ahad, 7 Ogos 2011

Nak tahu pasal isu HALAL plak...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak sahabat2 sekalian...
Dah masuk puasa ke-7 kan dalam bulan Ramadan kali ni...kejap bukan...?
Moga2 semakin banyak amalan kita bertambah dari hari ke hari ya...& jangan lupa muhasabah diri...


Hari ni nak kongsi pasal benda yang penting....




Antaranya berkenaan dengan isu halal, korang bolehlah baca kenyataan atau pun info2 terbaru mengenai isu2 semasa macam STARBUCK COFFEE yang korang sendiri tak jelas ...dekat link ni http://www.halal.gov.my/v3/

Sabtu, 6 Ogos 2011

Nora Elena lah...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak sahabat2 sekalian...
Dah masuk puasa ke-6 kan dalam bulan Ramadan kali ni...
Moga2 semakin banyak amalan kita bertambah dari hari ke hari ya...

ouh, dah lama tak update blog...
Hari ni tak ada kerja & nak kongsilah cerita apa yang saya tengok beberapa hari ni, siap full download lagi...!

Cerita apa...cerita Nora Elena, well macam tulah nampak gayanya, jarang2 suka tengok cerita berepisod sebab lama sangat....haha sebab kawan2 cakap macam best, then download lah....dekat mana dekat http://www.perekacerita.com/2011/05/nora-elena-tv3.html ...
Sekadar suka2 kan...

Rabu, 3 Ogos 2011

Boleh ke merokok puasa2 ni...haishh

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Salam Ramadan2 Al-Mubarak sahabat2 sekalian...
Puasa pun dah masuk 3 hari penuh dah kan..huhu

Nak cerita satu perkara, hari ni jalan2 ternampak seorang brader ni hisap rokok klau xsilap lah kan...
yang menjadi persoalan, InsyaALLAH dia Islam Melayu, tapi kan bulan puasa...adooii, terdiam saya berfikir sejenak apakah benar yang saya lihat sebentar tadi...huuu

 Gambar hiasan...

Selasa, 2 Ogos 2011

61 bulan...Nicol Ann David

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...

Haaiii kawan Salam Ramadan Al-Mubarak sahabat2 yang dikasihi...
Nak kongsi pasal sukan sikit lah iaitu Skuasy, tapi nak sentuh pasal Datuk Nicol Ann David...


Yang saya dengar berita dekat TV9 tadi tak silap, dia dah pegang gelaran pemain Nombor Satu Dunia Skuasy Wanita selama 61 bulan bermula Ogos 2006, tak percaya tengok ni HISTORY...hebat bukan orang Malaysia...?


Banyak sangat kejayaan atau statistik kerjaya yang beliau dah capai dalam sukan skuasy ni, cuba lihat di SINI..Banyak lagi yang diceritakan dekat wikipedia tu, macam2 ada...huhu


Nak tengok dah berapa kali Nicol rangkul WISPA Players of the Year, klik di SINI....

Menarik kan...!Nak tahu serba sedikit pasal Nicol boleh klik di SINI...

Korang juga boleh tahu GRAND PRIX 2011 - STANDINGS untuk skuasy wanita, nak tahu kena klik di SINI...

Haaa dah makin banyak, makin banyak kita nak tahu beliau sebenarnya, jadi untuk info2 tambahan kawan2 boleh klik di SINI...atau di SINI...dan juga di SINI...




Sebenarnya banyak sangat info tentang beliau dalam Google ni, taip sahaja & terus akan keluar...


Tujuan saya sediakan link2 tersebut adalah biar mudah kawan2 boleh lihat secara terus info mengenai beliau, boleh je kalau saya nak copy terus tapi adalah lebih menarik & terbaik kalau kita yang membaca terus dari laman2 sesawang yang memang menyediakan info tentang beliau, baru seronok nak baca, kena ada bukti kuat lah kan nak baca, barulah orang percaya....! hehe 


 InsyaALLAH saya akan cuba ceritakan plak pasal hero2 Malaysia yang lain lepas ni kalau ada masa & ruang yang ada serta idea yang mencurah2...hehe

Hebat bukan...? Orang Malaysia juga mampu berjaya di Arena Antarabangsa & seterusnya mengharumkan nama Malaysia...Anda bila lagi...?


Walaupun saya tak reti main sukan ni, tapi rasa tertarik & kagum dengan kejayaan Datuk Nicol, mungkin terselit 1001 kepayahan & dugaan sebelum beliau capai seperti yang beliau ada sekarang ni kan...cuma kita je tak perasan, almaklumlah bukan senang kan nak pertahan kan No.1 tu, moga beliau dapat pertahankan sampai bila2 & ramai pelapis2 baru akan naik selepas beliau...


Biarlah masa beliau tumpas ke menang ke, kita tetap menyokong beliau, jangan hanya mengkritik...beliau manusia gak...

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Nak belanja saya, sila klik iklan dibawah ni ya...





Pengalaman Hari Pertama...

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan2...


Haaiii kawan Salam Ramadan Al-Mubarak sahabat2 yang dikasihi...
Alhamdulillah semalam genap sehari berpuasa dalam Ramadan Al-Mubarak 1432H...
Jadi apa pengalaman2 menarik korang?


Ok saya akan cuba kongsikan lah apa yang menarik sebab sebulan berpuasa kali ni dapat puasa di rumah selepas 3 tahun...haha best betul...

Banyak dugaan, banyak tidur pun ada...haaa, tapi kena berpada-pada lah ya...
Kerja lain jangan lupa gak ya tolong Mak Abah ke...



Macam biasa, ada solat Terawih berjemaah, sahur & berbuka puasa...Jangan lupa diisi dengan perkara2 bermanfaat seperti Tadarus Al-Quran, sedekah macam senyum & amalan2 yang sebaginya, korang lebih expert bukan...?huhu



Jangan plak terlebih kenyang macam den semalam sampai nak solat terawih pun semput, makan2 gak tapi behenti sebelum kenyang, jangan lupa ya...! bak kata emak den,"puasa ni yang sedap minum je & makan kurma"...



 Menarik di kampung saya, untuk berbuka puasa, kita gunakan kentong untuk memberitahu bahawa dah berbuka then baru azan...menarik bukan ? itu ada di Johor...hehe, saya panggil kentong tapi tak tahulah plak korang panggil apa, Jawa atau Melayu panggil kentong jugak agaknyalah...hehe

Bubur Lambuk pun akan disediakan oleh pihak Masjid di kampung saya ni, tapi tak tahu plak tahun ni mungkin belum mula lagi dimulakan...diorang masak secara bergotong-royong dan diagih2kan kepada orang2 kampung, tapi diorang datang & ambil sendiri dengan bawa bekas...


Before this, saya berpuasa lebih separuh bulan selama 3 tahun di hostel, almaklumlah pelajar kan...nak buat macam mana...Alhamdulillah tahun ni spenuhnya dirumah, cuti sem kan...

Di hostel, kadang2 berbuka sorang2, dengar radio untuk berbuka puasa atau dengar azan, kadang2 juga berjemaah di surau, bubur lambuk pun kadang2 ada...

Benda2 yang selalu ada dalam bulan Ramadan ni macam2 lah, Bazaar Ramadan yang jual seirngan-ringan hidangan hinggalah ke hidangan yang berat, Macam2 ada juadah, jangan membazir plak, makan ikut keperluan ya..!



Mercun & meriam pun dah mula meletup sana sini...Tapi, setakat dua hari ni tak nampak lagi yang dah pasang lampu pelita walau dah ada banyak lampu jalan...hehe



Moga2 kita sempat menghabiskan Ramadan kali ni ya, entah kita sempat tak jumpa untuk tahun hadapan plak kan...Agak keletihan juga, tapi kalau dipenuhi dengan aktiviti2 bermanfaat macam yang saya sebut tadi, tak terasa sebenarnya yang kita sedang berpuasa...Kita yang mencipta alasan untuk letih....



Seronok kan bulan Ramadan, kita dapat jumpa KURMA, BUBUR LAMBUK, TERAWIH, TADARUS & sebagainya...Jangan sia2 kan okkay...!

Jadi jom kongsikan cerita anda dengan saya mungkin agak berlainan dengan saya..?hehe

Yang Baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang Buruk itu kelemahan & kekhilafan diri sendiri...
~Wallahualam~

Nak belanja saya, sila klik iklan dibawah ni ya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mantap tak?